Berkat Ayat Kursi, Lelaki Ini Dan Keluarganya Terselamat Dari Kemalangan Ngeri – Daily Rakyat

Berkat Ayat Kursi, Lelaki Ini Dan Keluarganya Terselamat Dari Kemalangan Ngeri


Sedari awal lagi kita sudah dinasihatkan untuk berdoa sebelum memulakan perjalanan agar semuanya selamat. Jika tidak tahu membaca dalam bahasa Arab sekalipun, sudah memadai jika dibaca dalam bahasa Melayu. Selain dari membaca doa menaiki kenderaan, kita juga disarankan untuk membaca Ayat Kursi.

Terlalu banyak kebaikan ayat Kursi ini jika diamalkan dalam setiap urusan harian kita. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki di Facebook, lelaki yang dikenali dengan nama Amidi ArRazi AlQadahi ini telah terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya.

Namun dengan berkat membaca ayat Kursi, alhamdulillah mereka sekeluarga selamat dalam kemalangan yang boleh dikatakan agak ngeri juga. Beliau, isteri dan juga ketiga-tiga anaknya selamat daripada kejadian jatuh gaung yang agak curam itu.  Apabila kemalangan yang melibatkan jatuh gaung ini memang agak ngeri, dan jarang sekali sesiapa yang terlibat dalam kemalangan jatuh gaung ini selamat.

Hembus kanan, kiri, depan 3 kali…

Saya dan keluarga terlibat kemalangan petang tadi. Disebabkan jalan licin… Berkat membaca ayat kursi yang diijazahkan ayanhda Syeikh. Alhamdulillah walaupun jatuh gaung, tetapi saya, isteri dan ketiga-tiga anak selamat. Alhamdulillah…
Amalkan ketika naik kenderaan membaca “Ayat Kursi”. Hambus kanan, kiri, depan 3 kali. Kemudian bacalah : Ya Allah dengan berkat Ayat Kursi yang aku baca ini. Peliharalah diriku, isteriku, anak2ku, hartaku, dan kenderaan yang aku naiki ini….
Amalkan walaupun destinasi dekat …. 
Moga Allah pelihara kita semua …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat