Tak Sangka Selain Menyanyi ‘Tok Ti’ Juga Boleh Jadi Penyampai Berita
Adakah benar Dato’ Siti Nurhaliza yang juga lebih selesa dipanggil dengan panggilan ‘Tok Ti’ telah beralih ke bidang baru, iaitu menjadi penyampai berita televisyen??
Berita Malaysia dalam dan luar negara yang disiarkan di saluran televisyen TV 1 menjadi viral di laman sosial apabila ada salah seorang penyampai berita RTM tersebut dikatakan mirip dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.
Jangan terkejut pula, ‘Dato’ Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu ialah Normazalina Mohd Nor, 33, penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM.
Ramai yang mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan Normazalina mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita pukul 8 malam menjadi tular di laman sosial sejak beberapa tahun yang lalu.
Normazalina atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia terkejut apabila menerima komen dan reaksi netizen yang rata-ratanya menegur wajahnya seakan-akan mirip penyanyi tersohor itu.
“Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras,” katanya.
Normazalina sebagai pembaca berita Nasional 8 di RTM dikatakan seiras dengan ‘Tok Ti”. – kredit foto: Faceblogisra
Tambah Normazalina, perkara itu menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi lagu Percayalah itu.
Bagaimanapun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.
“Perkara ini pada awalnya daripada peminat-peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang menganggap kami seiras. Selalunya selepas saya baca berita.”
“Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Dato’ Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM,” katanya lagi.
Normazalina berkata, dia memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada tahun 2010.
Kemudian, dia berhenti bekerja di stesen penyiaran tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada tahun 2013.
“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu,” ujarnya.
Merujuk pada gambar yang diambil ketika Normazalina menyampaikan berita di saluran RTM, ternyata wajahnya mirip sekali dengan Dato’ Siti Nurhaliza.