Cara Hilangkan Ketuat Dengan Mudah – Daily Rakyat

Cara Hilangkan Ketuat Dengan Mudah

Sumber Rujukan : Hanis Samsuddin

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Tapi macam cara hilangkan ketuat dengan mudah. Ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tidak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat

Apple Cider Vinegar

Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Kapas

Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape

Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline

Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.

  • cuka
  • vaseline
  • kapas
  • plaster

Langkah-langkah Rawatan Membuang Ketuat

  1. Contoh balutan plaster pada jari.
  2. Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat).
  3. Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster.
  4. Biarkan semalaman.

Ketuat yang tidak disapu vaseline, kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka. Pada hari, ketiga cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.

Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.

Kelihatan ketuat dah mati, apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.

Terakhir, ketuat yang berjaya dikorek

Sebarkan Artikel Ini
  • 33
  •  
  •  
  •  
  •  
    33
    Shares
  • 33
    Shares

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat