Husam diarah keluar sidang DUN Kelantan Selepas di Halau 10 Kali Oleh Speaker


ADUN Salor, Datuk Husam Musa diarahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’akub kerana melanggar peraturan dewan semasa Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membuat pengulungan titah Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra pada persidangan DUN di Kota Darulnaim Kota Bharu.

Bekas Naib Presiden PAS itu diminta keluar selepas meminta laluan ketika sesi penggulungan Titah Pemangku Raja Kelantan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketika meminta laluan, Ahmad enggan berbuat demikian, namun pada masa sama Husam terus mencelah walaupun sudah diberi amaran beberapa kali sebelum Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub mengeluarkan arahan memintanya keluar dewan.

Ahmad ketika ditemui di luar dewan itu berkata, tindakan Husam menjadi kesalahan di dalam dewan dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

– Foto Syamsi Suhaimi

“Hari ini adalah untuk penggulungan dan dia (Husam) tidak sepatutnya mengambil kesempatan. Husam sepatutnya mengambil peluang semalam sekiranya mahu membahaskan titah berkenaan.

“Setiap ahli dewan sudah dibekalkan buku mengenai peraturan yang perlu dipatuhi dan dia (Husam) sebagai ADUN sepatutnya tahu perkara itu. Jadi, arahan meminta Husam keluar dewan dibuat mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Husam berkata, tindakannya mencelah kerana mahu meminta Ahmad memberi penjelasan kelayakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Hubungan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud yang menjelaskan berhubung isu baiah ketika sesi penggulungan sebelum itu.

“Saya tidak sangka tindakan itu menyebabkan saya dihalau keluar. Namun saya tetap hadir pada sidang DUN selepas ini.

“Semalam saya hadir, namun tidak diberi peluang untuk berucap dan saya mencabar kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap saya kerana ada yang mendakwa saya bersekedudukan dengan isteri akibat melanggar taklik baiah, ” katanya.

Berikut merupakan ulasan dari Mohd Sayuti Omar, yang merupakan penganalisis politik tanahair.

Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob berjaya menyelamatkan kerajaan Kelantan dari “dimalui” sekali lagi oleh Adun Salor, apabila beliau tidak membenarkan Adun Salor (Husam Musa) mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan pemangku Sultan. Speaker itu menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Husam.

Tetapi apakah Speaker berkenaan tahu bahawa dia sudah tidak berlaku adil dan secara tidak langsung memberi gambaran kerajaan pimpinan Ahmad Yakob sebagai dayus? Tidak bersedia mendengar kritikan dan teguran. Tindakan Speaker itu bukan sahaja bukan bersikap tidak demokrasi, sebaliknya secara tidak langsung melacurkan sidang Dun kali ini meletakkan Dun Kelantan sebagai dewan legislatif yang tidak bermaruah.

Seorang Adun Kelantan menghantar mesej kepada saya, katanya; masa masih ada, tetapi kenapa Speaker menjadi penakut begitu. Inysa-Allah kalau kita memerintah nanti kita tidak akan ambil speaker seperti itu.”

Ulasan saya, penyekatan ke atas Adun Salor itu, walaupun beliau tidak dapat membentangkan hujah dan memberi pandangannya, ia telah membuktikan beliau benar dan halangan itu adalah kemenangan baginya.

Apakah Speaker mengira suara Salor itu terhenti di situ sahaja? Tidak, sebab dunia hari terbuka, di luar ruang lingkungnya lebih luas daripada Dewan itu sendiri. Saya yakin dan pasti selepas ini Adun Salor akan mengedarkan teks ucapan atau point2nya kepada media massa. Secara tidak langsung halangan dilakukan oleh Abdullah Yakob itu akan menjadi modal dalam ceramah Adun Salor selepas ini. Sekali lagi tindakan Speaker itu menyala api ke punggung sendiri.

Sebab itu bagi saya berterus terang itu adalah lebih baik dari segala-gala. Selamanya sejarah akan mencatatkan yang Abdullah Yaakob bekas seorang Imam Kampung sebagai speaker yang tidak profesional. Trims.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat