Polis Bagi Amaran, Individu Lelaki Malaysia Berpakaian Wanita Di Makkah

Sumber Rujukan : PU AMIN

Isu seorang jemaah lelaki yang berpakaian wanita di Tanah Suci bersama 2 orang rakannya bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah juga mendapat perhatian pihak berkuasa di Makkah.

Perkara tersebut dikongsi oleh peserta Pencetus Ummah (PU) Amin, yang kini berada di Tanah Suci.

Beliau berasa di sana sebagai seorang mutawwif yang mengiringi jemaah.

Beliau berkongsi perbualannya dengan seorang polis Arab Saudi yang menegurnya dan bertanya sama ada dia mengetahui isu lelaki berpakai perempuan dari Malaysia.

“Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki berpakaian perempuan itu dari Malaysia ke? Saya kata tak tahu cerita (buat-buat tak tahu)”, tulisnya di perkongsian yang dibuat di laman instagram.

Menurut PU Amin dalam perbualannya dengan polis berkenaan, dia diingatkan agar jangan sesekali ada mana-mana pihak melalukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang kerana Tanah Suci merupakan tempat ibadat dan tempat suci.

Tambah lagi, sekiranya perkara tersebut ditangkap, jemaah dari Malaysia akan mempunyai masalah untuk menunaikan umrah kelak.

Selebriti tersebut yang agak popular di Malaysia memuat naik foto berpakaian wanita termasuk memakai telekung ketika mengerjakan umrah.

Menurut PU Amin, agensi yang membawa mereka tersebut tidak bersalah kerana mereka sudah memaklumkan perkara tersebut untuk berpakaian mengikut jantina.

PU Amin juga memaklumkan ramai petugas umrah di Makkah telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan kes tersebut.

Sumber: Pencetus Ummah Amin, Astro Awani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat