Akibat Kulat, Muka Lelaki Ini Berlubang Sehingga Perlu Lakukan 11 Kali Pembedahan !
Brau-baru ini warganet dikejutkan dengan isu seorang wanita yang termakan sepotong kek berkulat yang diibeli dari sebuah kafe terkemuka.
Menerusi perkongsian wanita tersebut, dia cukup risau kerana turut menghidap penyakit keradangan usus atau penyakit Crohn di mana pesakit mempunyai sistem pencernaan yang sangat sensitif.
Mungkin sesetengah dari kita tidak begitu peka dengan risiko pengambilan makanan berkulat. Ada di antara kita yang biasanya akan mengopek buang bahagian yang berkulat pada roti lalu dimakannya bahagian yang masih elok. Perbuatan ini mungkin dianggap biasa namun ia boleh memberikan risiko pada kesihatan kita !
Kalau anda inginkan bukti bagaimana kesihatan boleh terjejas akibat kulat, jom kita selami kisah Mark Tatum yang digelar sebagai ‘lelaki tak bermuka’.
Kisah Mark Tatum, Lelaki Tak Bermuka
Berasal dari Amerika Syarikat, lelaki ini menderita kehilangan sebahagian mukanya akibat jangkitan kulat!
Lelaki ini difahamkan mengalami jangkitan kuman yang serius iaitu mucormycosis.
Berdasarkan laporan CNN, mucormycosis adalah jangkitan kuman yang berpunca daripada kulat yang biasa ditemui dalam tanah, makanan yang rosak, roti dan habuk.
Pada awalnya, kulat akan menjangkiti saluran darah, kemudian merebak sehingga menyekat aliran darah ke hidung, mulut dan akhirnya ke otak. Pesakit juga biasanya tidak dapat diselamatkan.
Isteri Mark pula mengatakan pengambilan steroid oleh suaminya untuk meredakan sakit belakang mungkin telah melemahkan sistem imunnya.
Pada 7 Februari 2000, Tatum dibawa ke bahagian kecemasan Owensboro Mercy Health System selepas paras gulanya didapati tinggi.
Selepas doktor berjaya menurunkan bacaan paras gula Tatum, mukanya mula bengkak. Melihatkan keadaan ini, pakar penyakit berjangkit dipanggil untuk lakukan biopsi ke atas Tatum. Dari situlah doktor mengesahkan Tatum menghidap mucormycosis.
Akibat Kulat , Tatum Diberi Pilihan Hidup Atau Mati
Tatum kemudiannya dibawa ke University of Louisville untuk rawatan susulan. Di pusat rawatan tersebut, Tatum diberikan dua pilihan yang melibatkan hidup dan matinya.
Tatum diminta untuk pilih sama ada menjalani pembedahan membuang mata, hidung dan bumbung mulutnya, atau menerima penjagaan hospital untuk membuatkan dia selesa sehingga ajalnya tiba.
Menerusi pembedahan yang bakal mencacatkan wajahnya, kawasan yang dijangkiti kulat akan dibuang namun peluang Tatum untuk hidup masih tipis. Namun, Tatum bersedia untuk hadapi risiko dengan menjalani pembedahan yang disarankan.
Justeru itu, doktor pun membuang mata, hidung, tulang pipi, gigi dan rahang atasnya untuk elakkan kuman merebak ke otak dan membunuhnya.
“Pada mulanya, kami tidak menyangka dia akan bertahan. Prognosis (ramalan) dia akan dapat hidup sihat amat tipis,” kata pakar bedah plastik di University of Louisville School of Medicine, Dr. Wayne K. Stadelmann.
Untuk membantu Tatum bercakap dan makan, doktor mengambil tisu dan kulit daripada kakinya untuk bina semula struktur lelangit. Di samping itu, sebahagian tulang kakinya juga diambil untuk betulkan semula struktur muka Tatum.
Selepas menjalani 11 operasi pembedahan, barulah Tatum mempunyai wajah yang baharu.
Namun wajah yang baharu tidak akan menggantikan rupanya yang asal. Tatum terpaksa memakai cermin mata hitam untuk sembunyikan mata palsunya. Dengan wajah prostetik, Tatum berharap dia akan lebih berani dan mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Walupun sudah memiliki wajah yang baru, namun kesengsaraan Tatum tidak terhenti di situ. Tak lama selepas itu, Tatum mula mengalami beberapa strok sehingga bahagian kanan badannya lumpuh sebahagian. Tatum juga perlu mengambil 15 jenis ubat dalam sehari.
Namun, hayat Tatum tak panjang. Beliau akhirnya meninggal dunia selepas lima tahun iaitu pada tahun 2005.
Walaupun jangkitan yang dialami Tatum jarang berlaku, namun ia kita perlulah mengambil pengajaran daripada kisahnya.
Jangan kerana kita terlalu sayang dengan makanan berkulat seperti roti dan sebagainya, kita sanggup pertaruhkan kesihatan kita.
Sekiranya makanan itu didapati berkulat, lebih baik ia dibuang sahaja untuk elakkan sebarang komplikasi kesihatan.