Apakah Perbezaan Hiv Dan Aids
HIV “”Human Immunodeficiency Virus” adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang untuk melawan penyakit.
Dan AIDS “Acquired Immunodeficiency Syndrome” atau Sindrom Kurang Daya Tahan. Ia adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Jadi disini HIV adalah virus, sedangkan AIDS adalah suatu keadaan.
Virus HIV
Jangkitan virus HIV tidak mempunyai tanda dan gejala yang khusus di peringkat awal. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak mengetahui dia telah dijangkiti virus ini. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, individu ini masih boleh merebakkan virus HIV kepada orang lain.
Tanda dan gejala akan kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh Virus HIV. Tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:
1. Terlalu lemah dan lesu
2. Penurunan berat badan yang mendadak
3. Demam panas yang kerap.
4. Peluh malam.
5. Kelenjar limfa membengkak
6. Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
7. Cirit-birit yang kronik.
8. Batuk kronik.
9. Hilang ingatan
Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai gejala dan tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.
AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
Dalam masa 2 tahun dijangkiti, pesakit HIV akan timbul gejala penyakit AIDS di mana berlaku jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah-lemah badan.
Adakah Seseorang Boleh Menghadapi Hiv Tanpa Aids
Sebagaimana yang diatas tadi Hiv adalah virus dan Aids adalah keadaan yang berlaku disebabkan oleh HIV. Disebabkan itu, anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa memiliki AIDS. Sebenarnya, sistem imuniti tubuh tidak dapat sepenuhnya menghilangkan HIV, tetapi dapat mengawalnya untuk waktu yang lama, sehingga 10 tahun. Disebabkan kemajuan baru dalam rawatan, jangka hayat penghidap AIDS dapat ditingkatkan.
Meskipun anda boleh mengalami jangkitan HIV tanpa mengalami AIDS, siapapun yang didiagnosis dengan AIDS sudah tentu memiliki HIV. Akan tetapi, disebabkan terapi anti-retroviral (ART), kebanyakan penghidap jangkitan HIV hidup selama bertahun-bertahun lamanya sebelum berkembang ke AIDS, atau malah tidak mendapat AIDS sama sekali.
Antara Punca Jangkitan Hiv
1- Seks tanpa menggunakan kondom dengan orang yang dijangkiti
- Dalam kes ini, seks rambang bukanlah istilah yang tepat, kerana kita tidak mungkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan yang tidak ada HIV, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan dijangkiti.
2- Perkongsian alat suntikan yang melibatkan darah yang tercemar dengan HIV
- Penggunaan dadah secara oral tidak ada kena mengena dengan jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang lain. Walau bagaimanapun, kehilangan kewarasan akibat apa juga jenis dadah dan minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko jangkitan kerana kurangnya pertimbangan.
3- Daripada ibu positif HIV (tanpa rawatan)
- Ibu yang positif tanpa rawatan mempunyai 12% – 35% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Setelah menjalani rawatan ARV, risiko jangkitan dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, berdasarkan situasi kesihatan si ibu, ada kemudian harus menjalani pembedahan C-Section semasa proses melahirkan bayi.
4- Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tercemar dengan HIV
Rawatan Dan Jangka Hayat Penghidap HIV & AIDS
Setelah HIV berkembang menjadi AIDS, jangka hayat pesakit menurun secara signifikan. Membaiki kerosakan pada sistem imun tubuh adalah sangat sukar. Terdapat beberapa komplikasi umum akibat kerosakan sistem imun yang teruk seperti jangkitan dan kanser yang mengancam nyawa penderita AIDS. Tanpa rawatan, orang yang menghidap AIDS biasanya bertahan selama sekitar 3 tahun. Setelah dijangkiti penyakit opportunistik berbahaya, harapan hidup tanpa rawatan berkurang hingga sekitar 1 tahun. Pun begitu, kemajuan baru dalam rawatan membolehkan jangka hayat penghidap AIDS ditingkatkan.
Kesimpulannya, AIDS berlaku disebabkan oleh HIV, human immunodeficiency virus, yang merosakkan sistem imuniti tubuh. Mereka yang dijangkiti HIV atau siapapun yang dianggap berisiko terkena jangkitan perlu diberikan sokongan dan keprihatinan masyarakat.