10 Idea Hadiah untuk Lelaki
Setiap wanita pasti buntu memikirkan hadiah untuk lelaki kan? Tentu anda tidak tahu apakah kegemaran insan yang amat istimewa buat anda. Kesukaran ini mungkin disebabkan rata-rata lelaki merupakan orang yang tidak kisah iaitu menerima apa-apa saja pemberian seadanya sama ada suka atau pun tidak. Sekiranya anda masih buntu memikirkan hadiah yang terbaik untuk si dia, jom ikuti 10 senarai hadiah pilihan yang sesuai untuk dihadiahkan kepada lelaki-lelaki ini.
10 Hadiah Menarik Untuk Lelaki
1) Jam Tangan
Lelaki mana yang tidak sukakan jam tangan? Mengikut kajian, kaum lelaki ini lebih sukakan jam tangan berbanding kaum wanita. Kebiasaannya seorang lelaki akan memiliki lebih dari satu jam tangan pada satu masa kerana itu sebahagian dari hobi mereka.
2) Dompet
Dompet adalah salah satu daripada hadiah yang sangat berguna kerana hampir semua lelaki menggunakannya. Kebiasaan lelaki malas membeli dompet baru dan hanya akan beli apabila dompet mereka betul-betul sudah lusuh atau koyak. Jadi sebagai teman wanita, perhatikan dompet diorang. Kalau dah nampak macam terlalu teruk tu, maka dompet sememangnya hadiah yang paling terbaik.
3) Hoodie / Kemaja
Hadiah yang paling selamat sudah tentunya kemeja kasual atau hoodie kerana boleh dipakai berulang kali dan membuatkan si dia sentiasa terkenang kepada si pemberi apabila memakai baju tersebut.. Tidak perlu yang mahal, tetapi yang paling penting adalah belikan baju warna kegemaran mereka.
4) Kasut
Kasut adalah di antara yang paling versatile untuk dijadikan sebagai hadiah. Tetapi, biasanya si penerima perlulah menjadi seseorang yang anda kenal buat sesuatu tempoh yang sesuai. Lelaki tidak seperti perempuan, lelaki kebiasaannya mempunyai 1 kasut kulit, 1 kasut kasual dan 1 kasut sukan. Cuma jika ingin membelikan kasut untuk si dia, anda perlu berhati-hati kerana risau tidak sesuai dengan empunya kaki.
5) Minyak Wangi
Haruman yang mempunyai identiti sendiri amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana, minyak wangi bukan sahaja membuatkan seseorang berbau harum tetapi menyerlahkan lagi penampilan si jejaka. Tamabahan lagi minyak wangi pilihan anda adalah tepat dengan citarasanya.
6) Topi
Topi merupakan salah satu aksesori yang paling berguna untuk si jejaka kerana bukan sahaja ia boleh dipakai ke acara-acara kasual, malahan ia menjadi pelengkap penampilan si pemakainya.
7) Tali Pinggang
Tali pinggang juga adalah salah satu idea yang bagus, kerana biasanya lelaki bersifat tidak ambil kisah dan hanya memakai 1 tali pinggang untuk semua occasion. Contohnya, kalauanda selalu melihat si dia memakai tali pinggang hitam sahaja, belikan tali pinggang berwarna coklat untuk dipadankan dengan kasutnya yang lain.
8) Kacamata Hitam
Kaum lelaki suka bergaya dengan cermin mata hitam. Si dia pasti akan kelihatan semakin segak dan bergaya apabila memakai cermin mata hitam pemberian anda.
9) Telefon Bimbit
Tidak salah untuk menghadiahkan telefon berteknologi seperti iPhone buat jejaka istimewa anda. Andai si dia tidak kedekut membelikan anda barangan mewah. Jika si dia pernah membelikan anda sesuatu yang mewah, apa kata anda membalas budinya dengan membeli barangan yang mewah juga.
10) Teddy Bear
Perempuan memang suka benda yang comel, tetapi tidak mustahil lelaki tidak menyukainya. Jadi korang beli lah patung beruang yang besar yang boleh ditatapnya selalu ataupun yang boleh dipeluknya semasa tidur. Ia akan membuatkan si dia selalu teringatkan anda dan berasa sangat dihargai.