Itali Intai Peluang Bekal Produk Pertahanan

Sumber Rujukan : Utusan Malaysia 23 Mac 2017

Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) dijadikan sebagai platform untuk syarikat-syarikat pertahanan dan keselamatan itali mengintai peluang perniagaan khusunya dalam membekalkan pelbagai produk berkaitan.

Setiausaha Persekutuan Industri Aeroangkasa, Pertahanan dan Keselamatan Itali, Carlo Festucci berkata, kira-kira 200 syarikat itali terlibat dalam industri pertahanan dan mempunyai pelbagai produk untuk ditawarkan.

“Itali merupakan pengeluar keempat terbesar produk pertahanan dan keselamatan di Eropah dan yang ketujuh di dunia.

“Kami mengeluarkan pelbagai produk seperti pesawat, helikopter, sistem pertahanan, enjin pesawat, kapal dan kapal selam bersaiz kecil untuk laut yang cetak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi pusat media LIMA ’17 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Festucci memberitahu, beberapa syarikat utama di Itali seperti Agustawestland, Associazone Italiana Amatori Dobermann (AIAD), Drass, Enav S.P.A, Piaggio dan Leonardo mengambil bahagian dalam LIMA ’17.

Katanya, syarikat terlibat turut membawa aset seperti Leonardo dengan helikopter Augusta dan pesawat ATR72.

“Kini terserah kepada mereka untuk mencari peluang oerniagaan sepanjang LIMA ’17 ,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Tentera Laut Itali juga membawa aset kapal frigat seperti ITS Carabiniere.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat