Meludah Makanan Pelanggan Cina, ‘Chef’ Ini Malukan Diri Sendiri Di Twitter
Seorang tukang masak di sebuah hotel di Malaysia memalukan dirinya sendiri selepas dia membuat pengakuan pernah meludah makanan pelanggan. Sikapnya itu dianggap sangat rasis dan tidak bermoral.
Melalui laman twitternya sendiri, dia memuat naik beberapa status yang tidak bermoral itu. Namun, perbuatannya itu berjaya dikesan oleh nitizen.
Meludah makanan pelanggan
Gambar: Twitter (SAYS)
Gambar: Twitter (SAYS)
Menurut laporan portal SAYS, tukang masak itu dikatakan membuat beberapa kiriman yang berunsur perkauman berkait dengan masyarakat Cina di negara kita.
Tukang masak itu bekerja sebagai coomis chef di restoran Hugo’s In The Sky yang berada di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.
Namun, tindakannya memuat naik status itu mengundah padah apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan pihak hotel.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hotel itu di Facebook mereka, pekerja tersebut sudahpun dibuang kerja kerana perbuatannya itu.
Bukan sahaja dibuang kerja, malah kesalahan tukang masak tersebut turut direkodkan bagi memudahkan bakal majikannya kelak tahu akan perangainya sebelum ini.
Oleh sebab kejadian yang telah berlaku ini, pihak Grand Ion Delemen Hotel telah memberi jaminan bahawa hidangannya akan sentiasa diselia oleh ketua tukang masak sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, pihak mereka akan sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti makanan.