Jadi pada post kali ini kami akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda dan supaya menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua yang dilakukan.
1. Kenali Masalah Utama
Tiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu benda, sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.
Jadi tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya? Kenal pasti dulu kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri.
2. Selesaikan Masalah Utama
Setelah anda mengenalpasti punca malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah anda fokus apa yang anda ingin lakukan.
Ia mungkin sukar, tetapi sampai bila anda nak berterusan macam ini jika masalah utama tidak diselesaikan. Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:
- Jika penat, cuba rehatkan diri. Setiap orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
- Jika tidak pandai, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang pandai.
- Jika tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja, ubah persekitaran dan sebagainya.
3. Sediakan To-Do-List
Anda mesti membuat to-do-list, hal ini dapat membantu anda menjadi lebih teratur. Senarai yang dibuat, ianya perlulah logik, releven dan sesuai dengan jangka masa yang diperuntukkan.
Sediakan senarai sehari atau seminggu lebih awal agar anda lebih senang untuk mengatur masa dan cuba pastikan anda terikat dengan jadual tersebut.
4. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit
Semua perkara mesti ada permulaannya, jika anda mahukan sesuatu perlulah bermula dari sekarang. Namun, untuk bergerak dan memulakan sesuatu itulah yang paling susah. Tetapi apabila sudah mula bergerak walaupun sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan akan nampak hasilnya.
Jika anda masih malas serta memberi banyak alasan, semakin sukar bagi anda untuk memulakan sesuatu.
5. Tinggalkan Apa Jua Penghalang
Antara sebab kita menjadi malas adalah disebabkan oleh gangguan, contohnya seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya. Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengatur masa, bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game. Elakkan bermain telefon jika sedang melakukan kerja, agar tidak mudah lalai dan kerja jadi terabai.
6. Disiplinkan Diri
Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.
Disiplin perlu memainkan peranan yang penting dalam kes ini, dan juga paling sukar buat pertama kali. Sila lakukan apa yang anda sudah disenaraikan dalam To-Do-List.
7. Jangan Sesekali Berputus Asa
Sekali lagi, hidup ini berliku bukannya lurus, ada kalanya ia bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku, jangan cepat berputus asa dengan apa kerjaya yang anda ingin usahakan.
Selalu ingatkan diri sendiri betapa jauh yang anda ingin capai dalam kerjaya anda. Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh dan jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.
Tips Tambahan Menghilangkan Sifat Malas
- Selalu mengingati diri tentang matlamat, dan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.
- Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh mengelakkan anda daripada menjadi malas.
Tidur awal, bangun awal. - Cuba minum air yang sejuk apabila anda rasa malas kerana ia boleh meransang otak anda, meningkatkan pergerakan badan, lantas melakukan kerja..
Kesimpulan
Untuk menghilangkan sifat malas dalam diri adalah 100% bergantung pada diri kita sendiri. Ia bermula dengan matlamat hidup yang ingin di capai, dan terus berusaha untuk mencapainya.
Diharap artikel ini membantu anda dalam menyelesaikan masalah kemalasan anda.