Bertudung Labuh Dan Pemalu Tetapi Ternyata Seorang Penyantau Yang Memakan Kawan Sendiri – Daily Rakyat

Bertudung Labuh Dan Pemalu Tetapi Ternyata Seorang Penyantau Yang Memakan Kawan Sendiri

Sumber Rujukan : Fiksyensasha

Pernah tak kita dengar tentang kawan makan kawan? kawan makan kawan ni bukan maksudnya ambil daging kawan lepastu makan. Bukan itu maksudnya, kawan makan kawan membawa erti kawan yang sanggup menodai kawan sendiri untuk kepentingan diri sendiri bab kata orang Jepun “selfish “.

Mungkin ada sebahagian dari kita yang yang tak percaya tentang kawan yang makan kawan  dan mungkin juga ada yangpernah mengalaminya sendiri tetapi admin kali ini tetap nak kongsikan satu kisah hasil dari perkongsian seorang saudari sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita bersama.

 

Kawan makan kawan

Aku ada satu kisah pasal kakak aku. Aku gelarkan dia sebagai Nana. Cerita ni tak adalah seram sangat cuma pengalaman aku  dengan kakak aku.

Waktu ni nana baru masuk form1 and aku baru masuk darjah 6. (kami adik beradik rapat). Nana ni aku nak cerita dia memang kakak yang sangat-sangat penyayang, baik hati, ada rupa dan memang bertanggungjwb. Kalau ada budak buli aku, tapi aku memang tak cerita dekat sesiapa, tup-tup malam tu dia dah tahu and pergi slow talk dgn budak yang buli aku supaya jangan kacau aku. Aku rasa mcm adik yg paling beruntung gila lah!

Tapi kisahnya waktu pertengahan sekolah. Aku nampak kakak aku macam beza sangat-sangat. Dia dah kurang senyum, kurang bercakap, asyik duduk dalam bilik, kalau keluar pun memang tak perasan bila dia keluar. Tahu-tahu dia call mak cakap ada dekat luar. Kakak aku tak macam ni.

Aku pun peliklah kenapa. Jadi suatu hari tu, waktu kakak aku tengah buat kerja sekolah aku ajak dia main masak-masak(maklumlah budak) tapi kakak aku cakap “JANGAN KAU KACAU AKU” aku punya lah terkejut sampai nangis-nangis tapi aku ingat kakak aku gurau je sebab dia memang kaki nyakat. Aku pun cakap lah “ala akak akak, jom lah teman adik, jom la jommmm” dengan tak semena mena, kakak aku tepis tangan aku, tarik tangan aku pergi masuk bilik, dia letak aku kat penjuru sambil cakap “Kau gerak kau siap” lepastu dia pergi dapur ambil sebilah pisau terus dia letak dekat leher aku. Yes! leher. dia cakap “apahal kau tak faham2 bahasa aku *****! kau nak mampus harini ke? nak mampus aku boleh tolong cepatkan!”.

“Tak kak, tak, jangan kak” aku hanya mampu sebut perkataan tu sambil menangis tahan takut. Alhamdulillah betul-betul tepat waktu tu mak and ayah aku baru je balik kerja, diaorang pelik kenapa aku menangis, terus dorang masuk bilik. “YA Allah kak, nape mcm ni. kak bawak mengucap” kata mak aku. Ayah aku apalagi terus terkam akak aku, rampas pisau dan paapppp! dia tampar akak aku. Lepas kena tampar, aku sendiri tengok mata akak aku merah sambil pandang sinis dekat kami semua. Dia terus lari ke bawah sambil gelak2. (rumah kami flat) Ayah aku nak kejar tapi mak suruh biarkan, bagi kakak ruang. Lepas mak tenangkan aku, aku terus tertidur kepenatan.

Pagi tu, aku tengok rumah aku penuh dengan saudara-saudara aku. Pelik, memang pelik. Cuba cari kakak aku, tapi dia tak ada. Aku tanya ayah, asal ramai sangat ni? Ayah aku cakap “kakak tak balik dari semalam, ni kami nak pi cari dia, adik duduk rumah ye dengan mak” Aku pun iyekan. Aku dengan mak aku pun menunggu lah dari pagi sampai malam, Bila mereka dah balik, ayah aku geleng kepala sambil cakap “tak jumpa lagi” Mak aku terus menangis kenangkan akak aku sebab aku kenal akak aku, dia bukan macam ni, dia jenis bukan keluar malam.

Hari berganti hari, dah 3 malam akak aku tak balik. Report polis sudah dibuat, tapi hampa. Pihak polis kata mungkin dia duduk rumah kawan dia. Aku fikir, tak mungkin, kakak aku jenis tak suka duduk di mana-mana tanpa kami. Kami anak beranak dah sepakat, jumpa ustaz. Cari jalan lain selain polis. Alhamdulillah kami dipertemukan oleh ustaz fahmi.

Bila dia masuk je rumah, dia kata “pakcik, makcik, saya tahu anak pakcik di mana dan Ustaz terus tulis satu alamat dekat atas kertas sambil jerit “PERGI SEKARANG, JANGAN TANGGUH! SEKARANG” terkejut aku sebab pelik ustaz ni apahal do nak marah2? haha ayah dgn pakcik-pakcik aku terus bergegas pergi ke alamat tu. Tak sampai 2 jam, ayah pulang dgn bawa akak aku. Ya allah alhamdulillah tapi akak aku macam pengsan, tak sedar-sedar dari tadi. Jadi mak suruh ayah cerita apa yg terjadi. Ceritanya begini.

Waktu dalam perjalanan (ayah jalan kaki je sebab alamat tu berhampiran rumah kami), ayah aku kena lalui satu pokok besar dekat area rumah kami. Pokok tu memang besar dan dah berbagai cara pihak atasan robohkan tapi still tetap utuh tak berganjak. Waktu sampai betul-betul dekat bawah pokok tu, ayah aku jenguk atas sebab pelik kenapa daun-daun banyak gugur macam ada orang goncang dari atas.

Bila ayah aku jenguk je, nah, ada satu lembaga macam budak kecil, satu badan warna putih mcm kena cat, mata warna merah, muka penuh dengan kesan darah, duduk mencangkung sambil senyum dekat ayah aku. Yang paling terkejutnya, di sebelah lembaga tu mcm ada makhluk menyerupai kakak aku. ya! Kakak aku. Dia pun duduk bertenggek tapi macam dalam keadaan tidur. Ayah aku angkat tangan sambil berdoa “Ya Allah tunjukkanlah kebenarannya ya Allah, Kuatkan hambamu ini ya Allah” bila ayah aku jenguk balik atas, kelibat tu hilang. Alhamdulillah ayah tahu, ni semua permainan syaitan. Makhluk tu macam nak tangguh-tangguhkan perjalanan ayah aku supaya berpatah balik. Nasib baik ayah aku imannya kuat.

Bila sampai je rumah ni, ayah aku mcm kenal je rumah ni, ya ini adalah rumah kawan baik akak aku. Tapi kenapa ustaz bagi alamat ni? Pelik dan diluar rumah ada sebiji kereta mercedes dengan nombor plat thailand, cermin kereta memang tinted habis. Langsung tak boleh nampak belah dalam. Ayah aku tak sedap hati.

Ayah aku terus rempuh rumah tu dan astagfirullahalazim! ayah aku nampak kakak aku tengah tidur sedap je di pelukan orang asing. Ya. orang Thailand. Kawan akak aku dgn ayah nya berniat nak jual akak aku untuk dijadikan PELACUR. sebabtu dia guna-gunakan akak aku supaya ikut telunjuk dorang, supaya berkurang ajar dgn parents, rupanya sebab ini, akak aku hampir dijual di thailand oleh kawan baiknya sendiri! mengucap panjang ayah aku. patutlah ustaz suruh pergi segera, kalau lambat beberapa minit, dah dekat negara org agaknya akak aku.

Apalagi pakcik-pakcik aku terus belasah orang-orang yg ada di situ sambil tunggu polis. Kakak aku ayah aku bawa balik. Akak aku ok, cuma ayah kawan baik akak aku dia taruk ubat tidur.

Ustaz fahmi kata, akak aku ni dorang dah kenan, tapi akak aku ni jenis memang tak termakan pujuk rayu, dorang nak dapatkan duit cepat sebab rumah diaorang hampir kena jual. Tu kena buat sesuatu. sungguh aku tak sangka dorang mcm ni, sebab kawan baik akak tu dari luarannya sangat baik, bertudung labuh, pemalu tapi nauzubillah. teruk. Lepas ustaz baca-baca sikit di ubun-ubun akak aku, alhamdulillah akak aku okay. cuma dia tekejut je, ustaz bagi dia air penawar untuk kuatkan semangat dia…

Aku tahu cerita ni tak seram, cuma aku nak sampaikan pesanan supaya jangan terlalu sangat percayakan orang even kawan sebilik sebantal kita.

All credit go to  : Fiksyenshasha

Sebarkan Artikel Ini
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares
  • 2
    Shares

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat