Ambillah Suntikan Vaksin Demi Masa Depan Anak Kesayangan Anda
TAK SETUJU TAK MENGAPA
Waktu buat pain round (Acute Pain Service) minggu lepas saya bertemu pesakit muda yang mengalami crush injury pada kedua2 belah kakinya akibat kemalangan motor. Kaki kiri dah kudung lutut ke bawah, kaki kanan pula patah berserta cedera pembuluh darahnya. Memang dia sakit kuat walau diberi infusi morphine. Dia sebenarnya penagih ganja dan beberapa jenis dadah lain. Dia asyik menyalahkan kereta yang melanggarnya. Namun paras dadah dalam darahnya memang tinggi sewaktu di bawa ke ED. Tengah lalok agaknya itu yang jadi sebab kemalangan.
Saya senyap saja. Tak perlu pulangkan paku buah keras kepada yang sedang ditimpa musibah. Dia sedang membayar harga kejahilannya dulu.
Lalu saya teringat seorang kanak2 yang saya beri gas 2 kali dalam minggu yang sama; pertama untuk masukkan EVD dan kedua untuk masukkan VP shunt. Dia mengalami hydrocephalus (otak bertakung CSF) akibat haemophilus influenza meningitis (radang selaput otak). Pelik mulanya kerana semua kanak2 sepatutnya divaksinkan bagi mencegah penyakit itu. Bila dibelek rekodnya tahulah saya yang ibubapanya ialah ‘pro-choice’. Sayang! Budak itu kacak dan sempurna parasnya. Sekarang dah terencat akal dan terlantar kejang sendi2 nya. Lebih menyedihkan, dia demam dan sawan selama 4 hari di rumah barulah dibawa ke hospital. Agaknya dah takde pilihan lain terpaksa juga dibawa ke hospital akhirnya.
Apabila saya keluar dari dewan bedah kemudiannya saya ditegur oleh seseorang. Rupanya ibu kanak-kanak tadi adalah pesakit lama saya waktu locum di klinik beberapa tahun lepas. Kami berbual2 seketika. Anaknya berserta beberapa kanak2 lain turut dijangkiti demam yang sama di taska. Yang lain semua dah sihat.
Saya teringat kata2nya beberapa tahun dulu sewaktu dinasihatkan ambil vaksin; “Apa susah kalau ada wabak, kuarantin ajelah. Ikut cakap Saidina Umar dulu; jauhi penyakit berjangkit.” Saya diam aje tak paksa. Tu prinsip dia, hak dia.
Namun realitinya bila terkena anak sendiri takkan kita nak biarkan dia mati depan mata dek nak mengawal tularan penyakit. Sanggup ke?
Dia tanya saya; masih sempatkah anak2 yang lain divaksinkan walau dah terlebih umur? Kesalnya bukan kepalang. Akibat terlalu takutkan AEFI yang sangat rendah kebarangkaliannya, anaknya telah mendapat cacat kekal.
Logiknya kalau AEFI tu terlampau berbahaya, dah lama ¾ penduduk bumi lenyap atau cacat kekal akibat kesan sampingan vaksin. Termasuk dia sekali kerana dia dulu pun divaksinkan oleh ibubapanya. Namun realitinya lebih ramai mati akibat jangkitan kuman yang boleh dihalang dengan vaksin daripada mati akibat AEFI.
Saya hanya tenangkan dia. Tak guna sesal kemudian hari. Saya beri kata perangsang agar dikuatkan semangat untuk menjaga anak itu dan anak2nya yang lain.
Saya sebenarnya bersyukur staf hospital diberi vaksin secara percuma. Bagaimana saya nak rawat pesakit yang dijangkiti berbagai kuman jika saya sendiri tiada pendinding? Takkan semua pesakit berjangkit saya elak dan asingkan sampai mereka meninggal atau sembuh sendiri?
Tawakkal saya hanya kepada Allah. Vaksin itu adalah semata2 tali unta yang saya ikatkan.
#inipilihansaya
#jangankecamsaya
Baca lanjut berkenaan kepentingan vaksin di sini