Rahsia Di Sebalik Warna Setiap Penutup Botol Air Mineral
Jika anda perasan, setiap kali ingin membeli air mineral atau minuman pasti anda dapat melihat warna penutup botol air mineral yang berbeza-beza. Terdapat warna biru, hijau dan putih. Untuk pengetahuan anda, ianya bukan untuk warna tema semata-mata tetapi ada maksud di setiap warna penutup botol tersebut.
1. Penutup biru
Penutup warna biru diperoleh daripada sumber air bawah tanah, dipam naik dan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan dan dilabelkan sebagai air mineral.
2. Penutup Putih
Penutup bewarna putih pula merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang. Disebabkan itu, air penutup putih dilabelkan sebagai air minuman dan dijual dengan harga lebih murah berbanding air mineral yang lain.
3. Penutup hijau
Penutup bewarna hijau ialah air mineral semulajadi. Air ini diambil dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.
4. Air mineral Evian
Air ini dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport dari Perancis, rasa air Evian iniĀ sedikit berbeza berbanding air mineral lain. Ada yang berpendapat rasa air ini seperti air Zam-zam. Sedikit rasa masin dan payau, disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalamnya. Harganya pun memang lebih mahal daripada air biasa.