Ketahui Bahan Bahaya Dalam Kosmetik


kosmetik

Ketika ini banyak produk – produk kosmetik muncul bak cendawan di pasaran. Kita sebagai pengguna mempunyai pelbagai pilihan produk untuk dipilih. Tetapi pernahkah anda terfikir adakan produk kecantikkan yang anda gunakan itu selamat untuk kulit. Tidak kiralah sama ada produk penjagaan wajah, barangan kosmetik, losyen dan sebagainya.

Berapa ramai diantara kita yang membaca kandungan sesuatu produk sebelum membeli. Sebagai pengguna kita perlu tahu bahan yang digunakan adakah sesuai untuk atau memudaratkan. Hal ini kerana sesetengah produk mengandungi bahan berbahaya untuk kulit dan kesihatan kita.

Jadi elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti berikut :

DMDM Hydantoin

  • Bahan ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang membuatkan syampu, losyen badan dan maskara yang anda gunakan tahan dengan lebih lama. Walau bagaimanapun, ia juga boleh mendatangkan mudarat sekiranya terkena mata anda. Bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif, bahan ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah kulit yang lebih teruk.

Haruman

  • Haruman sintetik yang digunakan dalam produk – produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Jadi apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.

Paraben

  • Bahan kimia yang tidak asing lagi. Sangat banyak digunakan di dalam pelbagai barangan termasuklah alat kosmetik. Paraben boleh menyerupai estrogen dan mengganggu hormon badan. Ada juga juga paraben yang dapat dikesan di dalam tisu kanser payudara. Bahan kimia ini tidak mempunyai masalah untuk menyerap ke dalam saluran darah dan mengganggu sistem imunisasi badan.

Petrolatum

  • Petrolatum digunakan untuk ‘memerangkap’ kelembapan dan sering digunakan di dalam pelembap bibir, gincu, pelembap dan produk penjagaan rambut. Bahan ini mudah terkontaminasi dengan hidrokarbon aromatik polycylic penyebab kanser.

Warna Sintetik

  • Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini dan jangan sekalikali menggunakannya.

Siloxanes

  • Siloxane biasanya lebih dikenal dengan nama silikon. Zat ini menjadikan produk untuk rambut kering lebih cepat dan roll-on deodoran lebih mudah digunakan.Bahan ini juga boleh ditemui dalam produk penjagaan wajah seperti pelembap, primer dan serum.  Siloxanes dikatakan berupaya merosakkan rantaian makanan hidupan laut.

Triethanolamine

  • Banyak digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan Ph dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

Kebanyakannya produk tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina itu digunakan secara berleluasa.

Jadi anda dinasihatkan jika indin membeli produk kosmetik periksa terlebih dahulu bahan yang digunakan. Pastikan bahan yang digunakan selamat dan bebas daripada bahan – bahan yang tidak sepatutnya. Jangan kerana ingin cantik anda mengabaikan keselamatan dan kesihatan anda.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat