Berhenti Minum Jus Buah Walaupun Tanpa Gula, Doktor Ini Jelaskan Kenapa


Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat pastinya akan menjaga pola pemakanan mereka dengan sebaik mungkin. Mereka sama sekali tidak makan makanan yang boleh membawa kemudharatan seperti makanan berkolestral dan tinggi lemak.

Kebanyakan dari mereka yang menjaga pemakanan ini bukanlah semata-mata untuk kurus namun mereka juga inginkan kehidupan yang lebih sihat. Walaubagaimanapun, masih ramai di luar sana yang kurang kesedaran akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat bagi memastikan kesihatan yang baik.

Sepatutnya, pola pemakanan yang sihat perlu diamalkan sejak awal lagi. Namun ramai yang kurang kesedaran akan hal ini. Bahkan ramai juga yang tidak tahu bahawa jus buah tidak bagus untuk kesihatan kita. 

Berhenti Minum Jus Buah Walaupun Tanpa Gula, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Walaupun hakikatnya jus tersebut adalah daripada buahan namun ianya juga tidak bagus, sekalipun tanpa gula. Seperti mana yang dijelaskan oleh Dr Mani menerusi aplikasi TikTok, menurut beliau minum jus buah sama ada dengan gula ataupun tanpa gula, kedua-duanya adalah tidak bagus.

Sebenarnya, buahan perlu dimakan secara natural iaitu bersama-sama dengan seratnya. Tidak kira buah apa sekalipun, sama ada buah epal, oren, nenas dan buah-buahan lain. Kenapa ia perlu dimakan bersama seratnya? Hal tersebut adalah kerana untuk mengelakan insulin dalam badan naik.

Apabila buahan dibuah jus, lalu diminum tanpa seratnya, ia boleh meningkatkan kadar insulin dalam badan kita dan boleh menyebabkan kita dapat insulin resistance. Dr Mani turut menasihatkan orang ramai agar makan buahan secara natural tanpa buat jus.

Jangan perah, jangan buang serat dia

“Bergula ke tanpa gula? Bagi saya dua-dua pun tak bagus. Buah jus kita minum di Kedai Mamak, kedai mana-mana, bergula ke tanpa gula ke sama sahaja. Sebenarnya buah kena makan secara natural, buah macam epal kena makan dengan buah seratnya sekali. Buah oren kena makan dengan serat dia. Jangan perah, jangan buang serat dia, kita minum jus sahaja.”

jus buah

“Bila jus sahaja kita minum, insulin kita akan naik dalam badan kita. So lama-lama dia akan menyebabkan kita dapat insulin resistance. So kalau boleh buah makan secara natural sahaja. Jangan buat jus. Tak kisahlah you nak tambah gula ke tak gula ke, sama sahaja. Kesan jus buah kepada badan kita tak bagus, dia akan menaikkan insulin dalam badan kita”, jelas Dr Muni menerusi video yang dikongsikan itu.

Jadi, pastikan kita menjaga pola pemakanan kita dengan baik. Jangan anggap makanan yang dikatakan baik itu bagus untuk kesihatan kita, sebenarnya ada teknik dan cara pemakananannya yang tersendiri.

Ingat, diri anda ialah apa yang anda makan. Kalau anda makan makanan yang tidak berkhasiat, maka kesihatan diri anda kemungkinan besar akan terjejas. Kesihatan diri ini bukanlah perkara main-main, ia merupakan harta yang paling berharga.

Ada wang jutaan ringgit pun tidak mampu membeli kesihatan. Ramai sebenarnya yang masih tidak sedar akan isu kesihatan diri ini, masih ramai di luar sana yang makan dan minum bermacam-macam benda semata-mata untuk cantik. Namun kesihatan diri pula terabai.

Sumber: TikTok Dr Mani

Baca juga: Tidak Ingin Bazirkan Dana Kerajaan, DS Anwar Enggan Beli Kereta Baru & Ubah Suai Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat