Tidak Ingin Bazirkan Dana Kerajaan, DS Anwar Enggan Beli Kereta Baru & Ubah Suai Pejabat


Menjadi pemimpin sebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini sudah berjanji apa sahaja bagi mengubah negara Malaysia ke arah yang lebih baik.

Umum mengetahui bahawa pada waktu ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 10. Sebagai rakyat, pastinya kita bakal menuntut janji-janji yang telah beliau lontarkan sebelum ini.

Malah rakyat juga mengharapkan segala manisfesto yang dibentangkan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia. Tidak mahu berlaku seperti sebelum ini kerana ada pihak yang mendakwa manifesto bukanlah ‘kitab suci’ dan sewenang-wenangnya tidak melaksanakannya.

Tidak Ingin Bazirkan Dana Kerajaan, DS Anwar Enggan Beli Kereta Baru & Ubah Suai Pejabat

Jika sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk tidak mengambil gaji dan elaun Perdana Menteri, kali ini beliau pula menyatakan enggan membazirkan dana kerajaan dengan membeli kereta rasmi yang baharu.

Beliau juga tidak mahu melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya. Hal demikian dilakukan adalah kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ada juga menyebut soal karpet di Jabatan Perdana Menteri yang pecah namun menasihati mereka agar membaikinya sahaja tanpa membeli karpet yang baru.

“Mereka sebut umpamanya karpet (di JPM) tu ada yang pecah. Saya kata tak apa, repair sikit-sikit cukup. Jangan beli yang baru. Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baru.”

Beliau juga turut meninggalkan nasihat agar tidak menggunakan wang kerajaan untuk kemudahan namun fikirkan agar wang yang dibelanjakan itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah.

“Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita. Fikirkan ini boleh jimat RM100, RM1000, RM10,000 itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah. Saya mulakan dari situ selain tidak ambil gaji,”

Sekadar makluman, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan dengan jabatan dan agensi Kerajaan di Putrajaya esok. Mesyuarat khas Majlis Tindakan Kebangsaan 2022 mengenai ‘kos sara hidup’ akan diadakan pada esok di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 11 pagi.

Datuk Seri Anwar mahu menangani kos sara hidup rakyat

Menerusi beberapa sumber, keutamaan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada ketika ini adalah untuk menangani kos sara hidup rakyat. Lihat sahaja, beliau bukan sahaja menolak gaji Perdana Menteri dan memotong gaji ahli kabinetnya namun beliau juga tidak mahu membazirkan dana Kerajaan. Satu tindakan yang sewajarnya dipuji. Semoga Malaysia akan menjadi negara yang lebih baik apabila berada di bawah pimpinan Beliau.

Untuk rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri yang ke 10 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 24 November 2022 yang lepas. Pada tahun 1982 hingga 1998, beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pada ketika itu, beliau juga memegang beberapa jawatan kabinet dalam pentadbiaran Barisan Nasioanal (BN) di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Sumber: Malaysia Kini & Wikipedia

Baca juga: “Penat Aku Gelak..” Anak Selamba Duduk & Makan Pasir Tahi Kucing Buat Ibu Panik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat