ADUAN RAKYAT : Helah Licik Takaful Malaysia
Terdapat tipu helah yang berlaku di negara ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesusahan yang dialami oleh rakyat di negara ini. Seorang pengguna telah ditipu oleh pihak insuran yang terpaksa menggunakan duit sendiri kerana tidak mengambil Insuran Windscreen.
Saya terpaksa menulis untuk mengelakkan lebih ramai pengguna tidak terkena seperti saya. Di harap Pihak Takaful Malaysia, memikirkan perkara ini, kerana ia menganiaya pelanggan yang support periuk nasi anda.
1. Pada May 2016, kereta saya telah dilanggar dibelakang, ketika memasuki simpang di Shah Alam.
2. Kedua pihak bersetuju untuk membuat laporan polis untuk claim insurance pihak yang melanggar.
3. Laporan polis keluar dan terbukti orang yang melanggar bersalah.
4. Saya menghantar kereta ke Toyota Sek. 15 untuk tujuan repair dan claim ke insuran yang melanggar.
5. Toyota menghantar dokumen ke Insuran kereta saya iaitu TAKAFUL MALAYSIA agar Takaful Malaysia claim ke insuran pihak yang melanggar.
6. Saya diberitahu oleh pihak Toyota yang saya perlu menanggung dan membayar ‘betterment’ lbh RM100 dan ‘Ekses’ RM400.
7. Hairan dengan pembayaran itu, saya mula mempersoalkan kenapa 3rd party claim saya harus bayar?
8. Pergi ke Takaful Malaysia Caw. Sek 13 Shah Alam untuk penjelasan.
9. Pegawai menjelaskan bahawa RM400 yang perlu saya jelaskan adalah bayaran untuk Windscreen.
10. Tidak berpuas hati kerana cermin kereta saya tidak disentuh dan tidak rosak. Saya meminta Takaful Malaysia claim RM400 dan juga betterment ke insuran pihak yang melanggar. Bagaimanapun Takaful Malaysia enggan dan meminta saya buat claim sendiri.
11. Tidak berpuas hati kerana saya dilanggar, kenapa saya pula perlu bayar, juga tidak berpuashati kenapa perlu bayar windscreen RM400 sedangkan cermin tidak rosak. Pegawai Takaful masih tidak dapat menjelaskan kaitan antara bumper dengan windscreen.
12. Pegawai Takaful Malaysia hanya memberi jawaban “Prosedur baru bermula Jan 2016”. Saya persoalkan, insuran saya renew pada Oktober 2015. Saya tidak menandatangani apa2 kontrak atau agreement pada atau selepas 2016.
13. Masih tidak selesai, pada 22hb August, setelah 3 bulan berlarutan, saya ke bengkel panel Takaful Malaysia untuk meminta penjelasan.
14. Pihak bengkel menyatakan bahawa RM400 tersebut dikenakan kerana saya tidak mengambil insuran windscreen sekali. Maka itu dalam cover note, diletakkan sebagai ekses RM400.
15. Sekiranya terjadi apa-apa, maka saya perlu menanggung RM400 kerana tidak mengambil windscreen coverage walaupun cermin tidak perlu dibaiki atau rosak.
16. Perkara ini berlarutan kerana saya tidak mahu membayar RM400 dan juga betterment yang dituntut oleh Takaful Malaysia, yang mana sepatutnya kos2 ini ditanggung oleh pihak insuran orang yang bersalah melanggar saya.
Timbulnya Persoalan :
1. Kenapa saya perlu bayaran cermin kereta RM400 hanya kerana saya tidak mengambil coverage cermin? Sedangkan cermin langsung tiada kena mengena dalam hal ini.
2. Kenapa saya perlu bayar RM400 for nothing? Adakah pihak Takaful akan memberikan saya cermin kereta? Jadi, untuk apakah cermin yang saya ada sekarang?
3. Kenapakah betterment dan juga windscreen ini tidak di calim di pihak insuran yang bersalah?
4. Ketika mengambil insuran ini, kenapa tidak diterangkan sejelas-jelasnya caj tersembunyi ini? Jika begini, kenapa tidak diwajibkan sahaja mengambil insuran cermin? Kenapa perlu diberi option jika akhirnya Takaful Malaysia “mencuri” duit pelanggan RM400 seorang?
Saya berharap agar pihak Takaful Malaysia memikirkan perkara ini, kerana bagi saya ini satu helah yang tidak sepatutnya, Ia satu penganiayaan kepada pelanggan. Sepatutnya, sebagai insuran, tugas anda adalah melindungi, kerana khidmat ini dibayar, bukan percuma.
Kepada anda diluar sana, berhati-hati. Jangan sampai terkena. Periksa cover note anda, samada anda memasukkan insuran cermin sekali atau tidak. Jika tidak, bersedia untuk membayar RM400…
Berharap agar tiada pelanggan dan rakyat Malaysia lain yang terkena seperti saya.
Kepada Sesiapa yang belum pernah terjadi begini anda dinasihatakan agar menyelidik terperinci tentang insuran yang anda ambil. Gunalah kuasa anda sebagai pengguna.
Antara komen pengguna facebook :