“Cepat Sembuh Dik..” Derita Penyakit Kulit, Ramai Kasihan Melihat Adik Ini Menangis Kesakitan
Penyakit kulit bukanlah penyakit yang mudah untuk diubati. Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit sama ada yang serius mahupun tidak. Ada penyakit yang agak sukar untuk sembuh dan mengambil masa yang agak lama.
Lebih- lebih lagi bagi mereka yang mempunyai penyakit kulit yang teruk. Kesakitan, keperitan mereka yang mengalami penyakit sebegini hanya diri mereka sendiri yang tahu. Mereka yang tidak pernah melalui situasi ini tidak akan faham.
“Cepat Sembuh Dik..” Derita Penyakit Kulit, Ramai Kasihan Melihat Adik Ini Menangis Kesakitan
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun TikTok Dren and Rumy berkenaan dengan seorang kanak lelaki yang menangis kesakitan akibat penyakit kulit ini. Malah penyakit kulit yang dialami oleh adik ini bukanlah pada tahap yang biasa. Kelihatan sangat teruk kerana kulitnya bukanlah sekadar kemerahan namun sudah berkuping.
Hampir seluruh tubuh adik ini, dari muka hingga ke kaki kulitnya berkuping. Kelihatan juga badannya kemerah-merahan. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila mendengar adik ini menangis menahan perit kesakitan. Dia yang sedang duduk di atas sebuah katil, tidak pasti sama ada katil hospital ataupun di mana kelihatan sedang ditemani oleh seorang lelaki, mungkin ayahnya.
Si ayahnya itu sempat menyapu bahagian mulut adik ini. Tidak tergambar kesakitan dan keperitan yang dialami olehnya. Mungkin terlalu perit dan menyakitkan sehingga dia menangis sedemikian rupa. Walaupun kejadian ini bukan berlaku di negara Malaysia namun ia sangat menduka citakan kerana ia berlaku di negara seberang.
Biarpun bukan anakku..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berasa sedih melihat apa yang dialami oleh adik ini. Tidak kurang juga ada yang tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami oleh insan sekecil ini.
“Ya Allah kasihan. Semoga cepat sembuh anak ini. Amin” – bujang berani
Dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan adik ini agar cepat sembuh dan ditarik penyakitnya oleh Allah. “Ya Allah sembuhkanlah anak ini biar pun bukan anakku. Hati seorang ibu sangat terhiris. Buanglah penyakitnya ya Allah. Amin”, tulis pemilik akaun TikTok yang dikenali dengan nama Konanga Maa.
Semoga adik ini diberikan kekuatan dan ketabahan. Pasti adik ini insan yang hebat kerana Allah memilihnya untuk melalui ujian yang berat ini. Setiap saat menanggung dan merasai kesakitan bukanlah sesuatu yang mudah.
Di saat kanak-kanak yang lain sedang berseronok bermain dengan rakan-rakan namun lain pula dengana adik ini kerana setiap masa berada dalam kesakitan. Didoakan semoga adik ini cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Semoga juga Allah mengangkat penyakit kulit yang dialami oleh kanak-kanak lelaki ini secepatnya.
Kredit: TikTok Dren and Rumy
Baca juga: Borong Semua Makanan & Beri Kepada Pelajar Sekolah, Terharu Tengok Ramai Pelajar Tersenyum Bahagia