Bawa Dadah Hampir 10 Juta, Suami Isteri Bersama Anak 8 Bulan Ditahan
Kehidupan zaman sekarang tidak mudah, kadangkala ramai yang mula tertekan kerana kos sara hidup yang kian meningkat. Pelbagai macam pekerjaan yang dibuat dan pelbagai macam perkara yang dilakukan namun tetap jua tidak mencukupi.
Sehinggakan ada yang bertindak di luar kawalan, sanggup mencuri, merompak dan menyamun. Bahkan ada yang sanggup menjual dadah semata-mata ingin mendapatkan keuntungan yang lumayan.
Mungkin itulah salah satu jalan terakhir yang patut dipilih oleh mereka. Kadang kala mereka terpaksa melakukannya demi memastikan perut anak-anak dapat diisi dengan makanan.
Bawah Dadah Hampir 10 Juta, Suami Isteri Bersama Anak 8 Bulan Ditahan
Berkenaan dengan dadah ini, beberapa hari yang lepas viral berkenaan dengan sepasang suami isteri ditahan di hadapan Eco Park Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan kerana membawa syabu.
Datuk Muhamad Zaki Harun, Ketua Polis Kelantan berkata, tangkapan tersebut dilakukan ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan dan menahan sebuah Perodua Alza. Pada ketika itu, kereta berkenaan berada dalam keadaan yang mencurigakan.
Hasil pemeriksaan kemudiannya menemui syabu yang diisi dalam bungkusan ‘teh cina’. Kira-kira 11 guni putih ditemui, dengan setiap guni mengandungi 24 bungkusan berisi ketulan kristal yang disyaki syabu.
Manakala berat keseluruhan bagi barang rampasan tersebut adalah 264 kilogram dan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang. Jumlah tersebut boleh menampung 2.6 juta penagih. Dalam masa yang sama, turut dirampas wang tunai berjumlah RM8889 bersama-sama dengan mata wang 200 bath Thailand.
“Berat keseluruhan barang rampasan 264 kilogram (kg) dan kesemuanya dibungkus dalam bungkusan ‘teh Cina’, dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan boleh menampung 2.6 juta penagih. Turut dirampas wang tunai RM8,899 selain mata wang 200 bath Thailand.” kata Ketua Polis Kelantan.
Pasangan suami isteri tersebut direman 7 hari
Menurut kenyataan oleh Muhamad Zaki di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada Sabtu lepas, suami isteri masing-masing berumur 26 tahun dan 28 tahun itu ditahan bersama-sama dengan anak mereka yang berusi 8 bulan dan 4 tahun. Walaubagaimanapun, anak mereka telah diserahkan kepada saudara terdekat.
Sementara itu, pasangan berkenaan mengaku sebagai ‘transporter dan mungkin sudah enam kali melakukan kegiatan tersebut. Mereka dibayar sebanyak RM5000 untuk satu perjalanan dan modus operandi adalah dengan menyewa kenderaan untuk membawa dadah.
“Pasangan itu mengaku sebagai ‘transporter’ dan mungkin sudah enam kali melakukan kegiatan berkenaan. Mereka mendakwa menerima bayaran RM5,000 satu perjalanan dan modus operandi adalah dengan menyewa kenderaan untuk membawa dadah. Pada masa sama, kami juga sudah mengenal pasti sindiket yang terbabit dan siasatan akan diteruskan.”
Manakala hasil ujian saingan air kencing ke atas pasangan suami isteri itu negatif dan mereka juga tidak mempunyai rekod lampau. Menurut Muhamad Zaki lagi, kedua-dua suspek direman 7 hari bermula 3 Disember sehingga 9 Disember.
Pasangan suami isteri tersebut tiada kisah lampau dan sudah sebanyak enam kali membuat kerja tersebut. Keputusan air kencing juga negatif. Tidak tahu apakah mereka terpaksa ataupun sebaliknya. Moga segala urusan mereka dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Tiada Orang Perasan Jatuh Dari Banana Boat, Lelaki Ini Hampir Lemas