Kejadian Tanah Runtuh di Taman Bukit Permai 2 Bukan Kali Pertama, Penduduk Kesal Bongkah Batu Rosakkan Kenderaan


Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menggemparkan warganet semalam. Peristiwa tersebut dilaporkan telah menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan milik warga setempat.

Ketika bongkah batu terjatuh, penghuni di kawasan perumahan tersebut digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada runtuhan tanah yang berlaku sebanyak dua kali ketika hujan lebat petang Khamis.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian juga sempat merakamkan video sehingga tragedi tersebut tular di media sosial.

Operasi SAR yang ditamatkan pada dua 2 pagi mengesahkan penemuan mayat kelima. Kesemua mangsa dilaporkan sudah dibawa ke Hospital Ampang untuk tujuan pengecaman identiti.

tanah runtuh di taman bukit permai 2

Kejadian Tanah Runtuh Bukan Kali Pertama

Kejadian ini difahamkan bukanlah kali pertama berlaku di kawasan perumahan berdekatan Pangsapuri Intan ini.

Menurut salah seorang mangsa, Haslina, 38, ia merupakan kejadian kali keempat seumpanya itu berlaku. Beliau yang sudah menetap selama 16 tahun di Pangsapuri Intan menyifatkan kejadian tanah runtuh kali ini merupakan yang paling teruk kerana turut melibatkan kereta milik suaminya.

“Kejadian sebegini boleh dikatakan berlaku setiap tahun. Namun kali ini saya rasakan ia merupakan kejadian paling teruk pernah berlaku kerana kami antara pemilik kereta yang terlibat.

Semasa melihat ke arah kawasan parkir melalui tingkap, saya dapati sebuah van dan sebuah kereta sudah remuk teruk akibat dihempap bongkah batu.”

Haslina juga berpendapat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 kali ini merupakan yang terburuk sejak tahun 2014. Insiden 9 tahun lepas menyaksikan sebuah teksi dihempap bongkah batu besar yang terjatuh dari bukit.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan memasang jaring keselamatan di kawasan jatuhan batu. Kerja pembersihan sisa di tapak kejadian juga sudah dilaksanakan segera.

“Semakan terhadap struktur wire netting sedia ada mendapati tiada sebarang kebocoran atau kerosakan berlaku selain terdapat tumbuhan liar di kawasan terlibat, dan akar tumbuhan dipercayai menyebabkan rekahan batuan dan melibatkan kejadian batu jatuh.

“Terdapat jatuhan batu di bahagian atas cerun batuan yang dilitupi wire netting yang telah dilaksanakan penstabilan sebelum ini menggunakan kaedah rock bolting, dan kaki cerun itu bukan dikhususkan untuk meletak kenderaan serta tiada petak parkir di lokasi itu,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, MPAJ turut menasihatkan pemilik kenderaan yang terlibat untuk membuat laporan polis dan laporan kepada MPAJ untuk tindakan susulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat