Korang Ingat Jadi Kontraktor Nie Banyak Duit Sangat Ke ? Tidak Semestinya Bro !


Kontraktor banyak duit tapi duit orang. Duit masuk dalam akaun, lalu je. Lepas tu kena bayar tanah, barang dan upah sub-kontraktor yang merangkumi beberapa jenis subs. Untung ada tapi nunnn jauh kat belakang. Setiap kali nak mintak apa-apa penambahan dengan kontraktor tanpa perlu membayar, cuba ingat juga anak bini beliau nak makan. Mereka juga ada kos kehidupan dan rela berkhidmat untuk Najib dengan membayar GST dan menelan kenaikan kos materials dengan mengurangkan keuntungan.

kon2

PBT memang ketuk kontraktor gila-gila sekarang ini – mintak itu ini atas lesen ‘sumbangan’. Saya tak sebut alasan, saya sebut lesen. Mereka punya undang-undang dan kuasa untuk tidak meluluskan CF dan kepala bana lainnya jika ‘sumbangan’ ini tidak dibayar. Tuan rumah tidak tahu, dan tidak mahu ambil pusing.

Kami geng kontraktor meeting sampai lewat malam berbincang bagaimana cara untuk meredakan kadar kesesakan lalu lintas duit yang sudah berbulan tidak boleh di’claim. Para lawyer sudah puas kami sumbat kata nista, ugutan dan penerajang serta hempasan file yang membuatkan kerani menangis dan lawyer menyorok dalam kereta tak mahu turun masuk ofis sebab ada kereta kontraktor depan ofis beliau.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Kontraktor sekarang sudah banyak beralih bisnes. Ada yang bukak kedai makan. Bukak franchise kopi jalanan. Yang jadi gigolo je belum ada lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat