Cara Putihkan Gigi Menggunakan Bahan Mudah


Ramai orang sibuk mahu berkulit putih sekarang ini. Bukan sahaja muka nak putih, gigi pun samalah nak putih. Maka tidak hairanlah bermacam-macam produk memutihkan gigi sudah mula dihasilkan dan dijual di pasaran untuk tujuan ini.

Walaubagaimanapun, kebanyakan produk untuk memutihkan gigi menggunakan bahan kimia “peluntur” untuk memutihkan gigi dan tentu sekali ini akan menyebabkan pengguna berasa ragu-ragu untuk mencubanya. Harganya pula tidaklah murah. Perbelanjaan untuk rawatan atau produk sebegini boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. Jika anda mahu mendapatkan gigi yang lebih putih dan melakukannya secara selamat, cubalah beberapa bahan serta tips semulajadi ini.

CARA PUTIHKAN GIGI MENGGUNAKAN BAHAN MUDAH

  1. Baking Soda

Antara petua yang mudah untuk memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya, bancuhkan suku sudu baking soda dengan sedikit ubat gigi. Berus gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau 2 minggu. Jangan berlebihan kerana penggunaan baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi anda.

  1. Gunakan Straw Ketika Minum

Kalau nak elak gigi cepat kuning, anda perlu minum minuman bergula atau kopi deangan menggunakan straw kerana tindakan ini dapat menghindarkan direct contact dengan gigi. Kalau tidak ada straw, cuba pastikan mulut anda dibilas selepas 30 minit menikmati minuman tersebut untuk putihkan gigi.

  1. Ambil Makanan Berkalsium Tinggi

Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel yang terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin dibawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh membantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan dan memutihkan gigi.

  1. Garam

Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya gigi. Caranya adalah dengan menyapu garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda. Kemudian berus dan bilas seperti biasa sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan memasukkan garam pada bahagian gusi kerana ianya menyakitkannya.

  1. Menghadkan Kopi & Minuman Bergula

Kopi adalah salah satu musuh ketat gigi anda yang terkenal sebagai punca gigi kuning selain rokok dan minuman bersoda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100%, namun, anda mungkin boleh menghadkan kuantiti pengambilannya setiap hari. Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria ‘Streptococcus Mutan’. Iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang boleh merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

  1. Mengunyah Makanan ‘Pencuci Mulut’

Mengunyah makanan seperti buah epal, sayur saderi (celery) atau lobak merah dikatakan boleh menjadikan gigi lebih putih disebabkan teksturnya yang berserat. Dengan mengunyahnya sebagai snek, anda dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta mengesat plak-plak kekuningan yang terhasil di celahannya. Selain menjadi snek yang sihat untuk tubuh, anda juga dapat memiliki senyuman yang bersinar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat