Tiada Orang Perasan Jatuh Dari Banana Boat, Lelaki Ini Hampir Lemas


Keindahan dan ketenangan alam semulajadi memang tiada tandingan. Lihat sahaja hari ini, betapa ramai orang dari bandar bercuti dan berkunjung ke luar bandar. Dikunjungi tempat-tempat yang menenangkan seperti hutan, air terjun, pantai dan sebagainya.

Jika berada di pantai, bukan sahaja suasana tenang yang dapat dirasai, bahkan keseronokan menaiki banana boat, jetski dan bermacam-macam lagi suasana gembira yang boleh dirasai.

Namun berada di pantai ataupun air terjun ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Iaitu soal keselamatan diri, pastikan jaket keselamatan dipakai. Walaupun kita seorang yang pandai berenang, pastikan jaket keselamatan dipakai.

Tiada Orang Perasan Jatuh Dari Banana Boat, Seorang Lelaki Hampir Lemas

Hal tersebut kerana bahaya tidak mengenal sesiapa dan bila. Seperti mana video yang dikongsikan oleh akim14777 menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan seorang lelaki yang hampir lemas.

Difahamkan lelaki berkenaan terjatuh dari banana boat yang dinaikinya. Namun sewaktu dia terjatuh, tiada siapa pun yang perasan. Entah sudah berapa lama lelaki berkenaan terkapai-kapai di tengah arus laut itu, nasib juga bot yang dinaiki oleh akim perasaan akan individu berkenaan.

Walaubagaimanapun, sebelumnya bot yang dinaiki akim tidak perasan bahawa mangsa hampir lemas namun setelah melihat isyarat tangannya yang meminta pertolongan, pemandu bot pantas menghampiri dan menyelamatkannya.

Akim juga sempat menulis di ruangan caption “Adoi sampai dah lemas kawan tu. Nasib ada seketul kami kat tengah laut ni. Yang bawa banana boat dan kawan dia pun tak tau pun dia dah jatuh. Semua dah bali pantai”.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis, kalau kejadian itu terjadi pada dirinya, mungkin sudah lama viral lemas sebab tertinggal banana boat.

“Kalau aku tu, dah lama viral lemas sebab tertinggal banana boat”, tulis Luqw113y@j..5297

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat meninggalkan komen menyarankan agar bagi mangsa naik dahulu barulah bertanya. Turut menyatakan rasa kasihan kepada mangsa kerana terkapai-kapai.

“Bagi naik dulu baru tanya bang, sian dia terkapai-kapai dah tu”, tulis EndLast2020

Tidak kurang juga, ada yang sempat ketawa kerana melihat video berkenaan yang dianggap lucu apabila pemilik video masih lagi sempat bertanya.

“Hahahaha member tengah cuak sempat tanya lagi'” tulis UCHIHA ITACHI

Melihat wajah lelaki yang hampir lemas ini, tergambar rasa ketakutan dalam dirinya. Ya lah, berada di tengah-tengah laut, dengan arus ombak yang agak kuat pastinya merisaukan. Nasib juga ada jaket keselamatan yang menjadi penyelamat sementara menunggu bot tiba.

Semoga pihak banana boat lebih peka dengan keadaan sebegini. Moga tidak berlaku lagi kejadian seperti mana yang dilalui oleh mangsa ini.

Sumber: TikTok akim14777

Baca juga: Kerana Dendam Si Ibu Pernah Diperkosa, Remaja Lelaki Ini Nekad Tikam Jiran

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat