Singapura Tidak Lagi Wajibkan Penggunaan Pelitup Muka Mulai 29 Mac Ini


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada hari ini telah mengumumkan bahawa rakyatnya tidak diwajibkan lagi untuk memakai pelitup muka di tempat awam bermula 29 Mac ini.

Pengumuman ini dibuat selari dengan usaha kerajaan Singapura bagi membiasakan rakyat untuk hidup bersama wabak Covid-19. Difahamkan, penggunaan pelitup muka masih lagi diwajibkan bagi individu yang berada di kawasan tertutup.

Singapura menunjukkan penurunan kes Covid-19 yang cukup signifikan dengan mencatatkan 9,000 kes berbanding 26,000 kes Februari lepas.

Laporan perubatan turut mengesahkan pesakit Covid-19 di negara tersebut rata-rata hanya menunjukkan simptom ringan, ada juga yang tidak mempunyai sebarang simptom.

Di samping itu, negara tersebut juga telah merekodkan 92% rakyat yang telah mendapat vaksin lengkap. 71% daripada peratusan tersebut juga telah memperoleh suntikan dos penggalak.

Selain kelonggaran pemakaian pelitup muka, Singapura juga membenarkan kelonggaran 75% kapasiti bagi tempat kerja dan program umum. Namun, penjarakan sosial masih perlu dijaga bagi meminimakan penularan wabak ini.

singapura tidak wajibkan pelitup muka

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat