Bapa Sempat Rakam Detik Bayi Lahir Dalam Kereta, Belum Sampai Hospital Dah Keluar


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Betapa bahagianya hati apabila mendapat berita gembira yakni malaikat kecil dalam kandungan.

Pasti kandungan tersebut akan dijaga sebaik mungkin. Malah para ibu juga akan cuba makan makanan yang terbaik demi memastikan bayi dalam kandungan sentiasa sihat walafiat.

Apabila tarikh melahirkan semakin dekat, bakal ibu bapa akan teruja untuk mencari barangan dan peralatan sebagai persediaan untuk menyambut anak tercinta nanti. Bukan itu sahaja, ada juga pasangan suami isteri yang sudah menempah tempat melahirkan yang selesa dan terbaik.

Bapa Sempat Rakam Detik Bayi Lahir Dalam Kereta, Belum Sempat Sampai Hospital Dah Keluar

Semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk bakal anak tersayang. Walaubagaimanapun, siapa kita untuk menolak takdir kan. Di mana-mana sahaja boleh melahirkan, tidak kira waktu dan tempat, jika bayi tersebut sudah tiba masanya dia keluar, pasti akan keluar jua.

Seperti mana yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini, apabila bayi yang dikandung oleh iamshaiigirl teruja hendak melihat dunia dan keluar saat dalam perjalanan menuju ke hospital. Bukan dalam ambulans namun di dalam kereta.

Belum sempat sampai di hospital lagi, wanita tersebut sudah melahirkan anaknya. Detik yang mencemaskan berlaku di Filipina itu sempat dirakam oleh sang suami ketika di bahu jalan sewaktu menunggu pihak paramedik tiba.

Sang suami hanya sempat memandu sejauh 2 kilometer dari rumah sebelum berhenti di bahu jalan memandangkan bayi berkenaan sudah tidak sabar melihat dunia. Difahamkan jarak rumah pasangan suami isteri tersebut ke hospital adalah lebih kurang 57 kilometer.

Dalam masa yang sama, ibu yang baru melahirkan bayi perempuan ini juga sempat menasihati orang ramai agar terus ke hospital sekiranya mengalami contraction yang kerap.

Terkejut aq, beranak dalam kereta..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang teruja dan mengucapkan tahniah. Ada yang berkongsi pengalaman beranak di rumah dan disambut oleh kawan baiknya.

“Awww congratulations! i did this lol only at home and my best friend court my little girl”, tulis pemilik akaun TikTok bernama falconbridge1.

Tidak kurang juga ada yang terkejut melihat wanita Filipina itu melahirkan bayi di dalam kenderaan dan ada juga yang berseloroh menyatakan, dalam surat beranak ditulis tempat beranak dalam kereta.

“Terkejut aq, beranak dalam kereta. hahaha” – k

“dalam surat beranak, tempat beranak: dalam kereta”- eno

 

Mungkin ramai lagi para ibu yang melahirkan anak atau bayi tercinta di dalam kereta kan? Pastinya detik-detik cemas sebegitu akan diingati sampai bila-bila. Momen cemas namun terindah itu pasti akan disimpan dalam kamus kehidupan sebaik mungkin.

Walau apa pun, didoakan semoga bayi perempuan berkenaan sihat dan membesar dengan baik serta menjadi anak yang berguna untuk kedua orang tuanya.

Sumber: TikTok iamshaiigirl

Baca juga: “Nanti Dah Berjaya Jangan Lupa Dia..” Pensyarah Bantu Pelajar Masalah Kewangan Dipuji Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat