“Santai Betul..” Terlibat Dalam Kemalangan Namun Pemandu Myvi Ini Masih Lagi Sempat ‘Posing’


Kemalangan bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kita. Malah semakin hari, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat, tidak kira kemalangan melibatkan motosikal, kereta, mahupun lori.

Disebabkan ramai dalam kalangan kita yang sudah menggunakan pengangkutan sendiri makan kes kemalangan juga semakin meningkat. Malah setiap kali kita memandu kenderaan di jalan raya, nyawa kita umpama di hujung tanduk.

Bila-bila masa sahaja kemalangan boleh berlaku. Walaupun kita sudah sedaya upaya memandu kenderaan dengan selamat namun pemandu lain pula bagaimana? Kadangkala penyebab kemalangan tersebut adalah hasil dari kecuaian mereka yang tidak memikirkan pengguna jalan raya lain.

“Santai Betul..” Terlibat Dalam Kemalangan Namun Pemandu Myvi Ini Masih Lagi Sempat ‘Posing’

Berkenaan dengan kemalangan ini, seringkali mangsa yang terlibat dalam kemalangan akan terkejut dan trauma. Namun tidak bagi lelaki ini kerana dia sempat mengambil gambar di samping kereta Myvi nya yang terbalik.

Pada mulanya, lelaki yang dikenali dengan nama Syadad ini telah memandu Perodua Myvi namun tiba-tiba keretanya berpusing ketika melalui selekoh tajam berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menerusi perkongsian lelaki ini di laman TikTok miliknya, Syadad kononnya bergambar dengan keretanya itu bagi memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati di jalan raya.

Kebiasaannya orang akan panik apabila berdepan situasi mencemaskan itu, tetapi lain pula reaksi lelaki ini apabila dia sempat bergambar bersama kereta Myvi yang terbabas itu. Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dapat dilihat dengan jelas keretanya sudah remuk manakala tingkat kereta pula sudah pecah.

Akan tetapi, Syadad kelihatan baik-baik sahaja. Dalam masa yang sama, dia turut mengucapkan rasa syukur kerana tiada apa-apa yang teruk berlaku kepada dirinya dan sempat ke klinik berdekatan bagi melakukan pemeriksaan.

Pergh aku tengok pun nak nangis..

Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warganet. Ada yang tidak percaya kerana Syadad dilihat santai sahaja dan langsung tidak panik. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, tengok pun nak nangis namun pemuda ini boleh steady lagi.

“Pergh aku tengok pun nak nangis, abang ni boleh steady je another level of menerima ketentuan takdir”, tulis izzkhan di ruangan komen.

Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh bertanya di mana pemuda ini menuntut ilmu kebal. “Kat mana menuntut ni bang? Boek la ilmu kebal ni”, tulis K’TERIN.

 

Semoga apa yang menimpa pemuda ini digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Moga-moga juga kekal sihat tanpa sebarang kesakitan yang berlaku ataupun timbul. Semoga juga diberikan kekuatan dan ketabahan secara berterusan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang selepas ini.

Buat pengguna jalan raya yang lain, berhati-hatilah dalam setiap pemanduan korang. Moga kita semua dijauhkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sumber: TikTok syadad10

Baca juga: Guna Bakul & Basikal, Pengorbanan Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Buat Ramai Ingin Hulur Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat