“Nanti Dah Berjaya Jangan Lupa Dia..” Pensyarah Bantu Pelajar Masalah Kewangan Dipuji Ramai


Di atas muka bumi ini, tidak semua orang bernasib baik. Ada yang dibelenggu dengan kemiskinan dan ada juga yang dilimpahi dengan kekayaan. Bagi mereka yang sedari awal sudah hidup dalam kekayaan, bersyukurlah.

Namun ini tidak bermaksud mereka yang hidup dalam kesusahan tidak patut bersyukur. Semua individu yang hidup di atas muka bumi ini perlu bersyukur, setiap kehidupan atau jalan cerita tuhan tetapkan mempunyai asbabnya yang tersendiri.

Jika anda berada di atas, selalulah memberikan pertolongan dan bantuan buat mereka di bawah. Kadang-kadang tuhan itu memberikan rezeki lebih kepada kita adalah untuk membantu orang lain.

“Nanti Dah Berjaya Jangan Lupa Dia..” Pensyarah Bantu Pelajar Masalah Kewangan Dipuji Ramai

Seperti mana kisah kebaikan seorang pensyarah di sebuah Universiti yang viral ini, di dalam kelebihannya dia membantu mereka yang memerlukan.

Kisah bermula apabila seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dikenali dengan nama mamamochi menerusi aplikasi TikTok nya,  menghantar pesanan kepada pensyarah tersebut.

Pelajar tersebut pada mulanya menghantar pesanan kepada pensyarah, Dr Soffalina untuk bertanya soal bantuan laptop. Memandangkan laptopnya mengalami masalah teknikal yang teruk namun tidak mempunyai wang untuk membaiki laptopnya.

Tambahan pula, pelajar tahun 3 dalam jurusan Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan itu sedang dalam proses menyiapkan penyelidikan bab 1 hingga 3. Apabila berlaku perkara tersebut, secara automatik ia menyebabkan emosi dan kerjanya terjejas.

Bukan itu sahaja, namun pemilik nama sebenar Siti Mariana binti Mohd Saad ini juga baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Secara tidak langsung, ia membuatkan pelajar ini terganggu emosi dan mentalnya.

Bagaimanapun, bukan sahaja permohonan Siti Mariana untuk mendapatkan peranti Siswa lulus namun pensyarah berkenaan juga turut memasukkan duit ke dalam akaun pelajar ini.

Sungguh baik hati pensyarah tersebut walhal pelajar ini bukan darah daging atau insan terdekatnya, Siti Mariana hanyalah pelajarnya, namun dia langsung tidak lokek menghulurkan wang kepadanya setelah diberitahu mempunyai masalah kewangan untuk membaiki laptopnya yang rosak.

Belajar rajin-rajin awak. Nanti dah berjaya, jangan lupa dia..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang terharu akan tindakan Dr Soffalina itu namun ada juga yang meninggalkan komen meminta pelajar ini untuk belajar rajin-rajin. Apabila sudah berjaya nanti jangan lupa pensyarah berkenaan.

“Belajar rajin-rajin awak. Nanti dah berjaya, jangan lupa dia”, tulis Mirar.

Tidak kurang juga ada yang menceritakan pengalamannya di mana ada pensyarah yang tiada empati kerana mengabaikan pelajarnya yang ada masalah.

“Hahah ada dulu lecturer saya, apa-apa kalau student bermasalah jawapan dia simple ” thats not my problem”, tulis Amierul Aqmal

pensyarah

 

Semoga kebaikan yang dilakukan oleh pensyarah ini dapat membuka mata dan hati orang lain untuk bersama-sama melakukan kebaikan. Oleh itu, jika kita diberikan nikmat yang lebih berbanding orang lain, bantulah mereka. Jika tidak mampu, cubalah bertolak ansur dan berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja. Tidak kira pangkat, pekerjaan dan latar belakang.

Sumber: TikTok mamamochi

Baca juga: “Waze Bawak Dia..” Lori J&T Lalu Tepi Pantai, Ramai Anggap Sesat Buat Warganet Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat