Viral Di Media Sosial Akibat Tidak Dapat Sumbangan, Wakil MAIWP Tampil Perjelaskan Isu Kak Yana


Diwiyana Mohammed, 37 atau dikenali sebagai Kak Yana baru-baru ini tular di TikTok apabila meluahkan rasa kekecewaan terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan Pusat Lembaga Zakat Perak akibat permohonan bantuannya yang tidak mendapat maklum balas sewajarnya.

Wanita itu mendakwa bahawa dia sudah berkali-kali cuba mendapatkan bantuan daripada dua agensi ini namun pelbagai alasan diberikan.

Ini menyukarkan lagi situasi Kak Yana yang terpaksa menjaga ibunya Selamah Hamid, 73 yang terlantar akibat angin ahmar.

Bagi menambahkan pendapatan harian, Kak Yana juga berniaga kecil-kecilan menjual burger namun masih tidak mencukupi untuk menyara diri serta enam orang anaknya.

Proses permohonan bantuan yang merumitkan juga membuatkan wanita ini buntu lalu menggunakan pengaruh ‘viral’ di media sosial sebagai jalan akhir untuk memohon simpati orang ramai.

kak yana terpaksa pilih jalan viral untuk dapatkan bantuan

Klip video berdurasi 3 minit yang telah dimuatnaik di TikTok itu telah mendapat lebih dapat 525,000 tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.

Sejak video ini tular, pelbagai kritikan telah dilemparkan oleh warganet kepada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang Islam khususnya di bahagian Bantuan Zakat dan Baitulmal.

Situasi getir Kak Yana juga telah mendapat perhatian daripada Ustaz Ebit Liew yang turut turun padang menghulurkan bantuan buat keluarga ini.

Sejurus selepas tular, hal ini akhirnya mendapat perhatian kedua-dua agensi berkenaan dan telah pergi ziarah wanita tersebut sambil menghulurkan bantuan kewangan serta merta.

Kak Yana juga dilaporkan bakal menerima bantuan bulanan seawal bulan Mac serta bantuan kiosk untuk perniagaan burger bersama suaminya.

kak yana dikunjungi agensi kebajikan kerajaan

Ahli MAIWP Tampil Perjelas Isu Kak Yana di Facebook

Sementara itu, pengguna Facebook, Adam Mukhriz yang juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil bagi memberikan sedikit pencerahan kepada orang ramai.

Menurut Adam Mukhriz, hantaran ini dibuat bagi menjawab persoalan warganet yang sering mempersoal kecekapan Baitulmal dan Pusat Zakat Negeri.

Berikut merupakan penjelasan teliti mengenai sumbangan yang telah dihulurkan untuk makluman semua.

ahli MAIWP ini tampi perjelas isu kak yana

Kredit Foto : Adam Mukhriz

Dianggarkan jumlah bantuan terkumpul yang pernah diterima Diwiyana ketika menetap di Cheras selama hampir lapan tahun adalah melebihi RM 15,000.

Menurut hantaran Facebook Adam Mukhriz, wanita ini juga dipercayai baru sahaja membuat semula permohonan baharu tidak sampai 20 hari lepas kepada Lembaga Zakat Perak, bukan dua tahun lepas seperti yang tular dan borangnya juga tidak hilang.

kak yana dikatakan telah mendapat bantuan dari MAIWP terlebih dahulu sebelum berpindah ke Perak

Apapun, kini kisah Kak Yana sudah pun mendapat perhatian banyak pihak dan pelbagai bantuan telah diterima hasil keprihatinan beberapa badan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Kak Yana sekeluarga yang disahkan positif Covid-19 kini sempat merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan serta semua warga Malaysia yang  prihatin membantunya dalam keadaan terdesak. Beliau juga mohon doa daripada semua warganet agar keluarganya cepat sembuh daripada wabak ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat