Kerjasama Antara Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuaan


Kerajaan Selangor perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk manfaat rakyat negeri itu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar berkata, pelbagai kekangan yang wujud dipihak Kerajaan Negeri telah menyebabkan beberapa projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 masih tergendala sehingga kini.

Antara projek yang masih tidak dapat dilaksanakan ialah pembinaan balai bomba di Setia Alam yang menelan kos RM3 juta. Ia berikutan tindakan Kerajaan Negeri yang mengenakan premium sehingga RM4 juta.

Malah terdapat projek yang sukar memperoleh kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan seperti projek pembinaan pasar tani kekal di Puchong.

Datuk Seri Noh ditemui selepas mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2016, siang tadi. Sejumlah RM795.78 juta bakal diterima tahun ini, pertambahan RM37.27 juta berbanding tahun lalu.

images (7)

 

** info daripada BULETIN TV3

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat