Air Jernih Kebiruan Sampai Boleh Nampak Ikan Berenang Ke Dasar, Telaga Biru Cicerem Jadi Tumpuan Warganet Indonesia
Walaupun anda seorang traveller tegar, ini pasti pertama kali anda dengar tentang Telaga Biru Cicerem yang terletak di Indonesia.
Sejak kebelakangan ini, ia menjadi tumpuan pelancong tempatan dan heboh diperkatakan di media sosial.
Keunikan tasik ini menjadikan Telaga Biru Cicerem turut digelar sebagai Blue Lake dari Kuningan. Berada pada ketinggian 315 meter dari paras laut, lokasi pelancongan ini juga menawarkan udara segar dan dingin dengan suhu kira-kira 20° celsius.
Destinasi baru ini merupakan habitat bagi ikan hiasan yang sudah diternak selama setahun. Ikan-ikan yang cantik dan berwarna-warni ini juga sangat jinak dan akan mendekat bila diberikan makanan.
Batu berkontur serta tumbuhan air serba hijau menambahkan lagi seri telaga yang mempunyai kedalaman 5 meter ini.
Panorama unik di yang ditawarkan di Telaga Biru Cicerem ibarat keajaiban alam semulajadi dan jarang dilihat di kebanyakan tempat pelancongan.
Mitos Asal Usul Telaga Biru Cicerem
Bila menyentuh tentang asal usul Telaga Cicerem, ia sering dikaitkan dengan cerita rakyat yang sangat popular di kalangan warga setempat.
Dikhabarkan suatu ketika dahulu, wali songo datang ke tempat ini kemudian memukulkan tongkat pada tanah. Dengan ilmu yang dimiliki oleh wali tersebut, maka muncullah mata air yang membentuk tasik indah ini.
Sejak dari itu, Telaga Cicerem dikatakan telah menjadi tempat para wali untuk bersuci dan mengambil wudhuk.
Telaga ini juga dikatakan tidak pernah surut walaupun pada musim kemarau.
Telaga Biru Cicerem terletak di Kuningan, sebuah bandar kecil yang terletak di Jawa Barat. Tasik semulajadi ini ini juga dikelilingi banyak pokok rendang yang menambahkan lagi keindahan lokasi ini.
Aktiviti di Telaga Biru Cicerem
Selain spot bergambar, kawasan ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti berkhemah, menaiki perahu dan menaiki buaian dengan harga berpatutan.
Pelancong juga dibenarkan untuk berendam di tasik tetapi disebabkan ianya agak dalam, pelancong yang tidak mahir berenang tidak disarankan untuk masuk ke dalam tasik.
Telaga Biru Cicerem : Expectation vs Reality
Memang cukup menarik gambar yang dikongsikan oleh pengunjung yang pernah ke sini. Tetapi sejak sudah viral, tempat ini sudah dikerumuni orang ! Nak bergambar pun kena bersesak dan kena tunggu giliran !
Menerusi perkongsian dari Youtube Channel Annisa Yasmine ini, kalau anda bercadang nak ke sini, lebih baik datang pada weekdays saja !
Alangkah seronoknya jika kita dapat pergi ke Indonesia dan melihat sendiri panorama memukau ini. Dengan adanya Telaga Cicerem ini, kawasan Kuningan yang tidak pernah kita dengar sebelum ini pasti akan menjadi buah mulut dan sentiasa diingati pengunjung yang gemar mencari keindahan alam.