DUHAI SUAMI … Jagalah Isterimu


Pernah seorang wanita mengadu pada saya sebelum program keluarga sunnah yang lalu..

Ustaz, saya dah tak tahu nak buat apa. Saya sangat sayang suami saya. Dia tidak solat langsung. Jumaat pun tak pergi. Dia jenis tiada perasaan. Tidak pernah tolong saya di rumah. Dia kuat kerja sahaja. Siang malam kerja. Tak tahu lah betul atau tidak. Saya penat dan setiap kali nasihat dia mengamuk.
Dia tak pernah ambil hati mak ayah saya..saya rasa dia sebenarnya tak sayang saya lah..erm saya sakit dan beberapa kali minta cerai..apa saya boleh buat yer ustaz, saya sayang dia..

index

Begini puan, Allah sayang puan lebih dari yang saya dan puan tahu.Wanita sangat banyak berkorban buat keluarga dan tidak terkira. Saya menangis kalau mengenang pengorbanan ibu saya dan isteri saya.

Puan,.Allah sayang kita maka dia beri yang terbaik dalam hidup kita. Saya yakin puan dah banyak berusaha dan menangis. Tapi ini sedikit nasihat saya dalan masa teramat singkat ini..saya tak nak buang masa puan..kerana ini amanah. Jika puan betul inginkan perubahan..dengar baik-baik yer..saya lihat ramai orang amalkan dan sangat berkesan

Seorang sahabat ra makan buah yang masam diberi oleh raja yang kufur. Mereka makan tanpa buat-buat muka. Bila ditanya kenapa? Jawab mereka, kami tidak lihat apa kami makan tapi, kami lihat siapa yang beri kami makan. Tuhan yang beri. Allah yang beri. Suami kita kurniaan Allah. Allah yang beri. Dia takdirkan puan, supaya puan menjadi pintu hidayat dan syurga buat suami..dulu Khadijah ra menjadi asbab hidayah buat ramai saudaranya yang lelaki dan ramai wanita dan pengorbanannya tidak terhingga. Saya yakin segala amalan kita hari ini dapat saham kepada Khadijah ra kerana beliau wanita pertama membuat korban atas agama ini. Semoga puan , Allah temukan dengan khadijah ra di dalam syurga nanti..Isteri saya selalu bercita-cita ingin jumpa Khadijah ra.

Rahsia bahagia ini syukur. Saya yakin majoriti suami yang akad nikah dengan seseorang mereka ada sifat tanggungjawab. Itulah rahsia akad nikah dalam Islam.

Cara lelaki tunjuk sayang memang begitu. Jika puan atau anak nak sesuatu mereka tidak boleh duduk diam walaupun di depan buat tak tahu. Rasa ingin beri apa yang keluarga inginkan. Apa mereka rasa sedap mereka ingin ibu, isteri, ibu mertua, dan keluarga dia dapat. Saya dan kawan lelaki yang lain jika ke mana-mana kerja jauh. Kami takde selera berjalan. Cuma nak cari hadiah untuk isteri dan anak-anak. Tiada selera makan sedap jika tanpa isteri di sebelah..ayah saya tidak akan makan kalau mak saya takde di sisi. Saya banyak kali tengok lelaki menangis di surau hospital atau menangis minta amalan supaya isteri tidak sakit bersalin..

 

v

Kita cari baik mereka dan syukur. Pernah saya nasihat lelaki yang ada masalah di tempat kerja. Bila saya tanya kenapa boleh tahan walaupun kena hina maki macam tu. jawabnya sebab isteri,ibu ayah dan anak-anak. Ramai anak muda belum kahwin selalu berhenti kerja sebab mereka belum ada tanggungjawab .. Ada masalah berat mereka takkan tunggu. Tapi apa motivasi lelaki sehingga 50 tahun kena maki di tempat kerja. Itulah isteri dan anak-anak.. Itulah segalanya..

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Kedua wanita ada kebolehan menangis, memujuk, menggoda, lemah lembut, dan semuanya. Gunakan untuk pujuk suami. Menangis pada Allah
Baca yassin setiap pagi..

Hidupkan bacaan hadis dalam rumah bersama anak-anak walaupun suami belum nak…insyaAllah rahmat Allah akan mula datang dalam hidup rumahtangga kita..

Seterusnya ajak suami ke majlis ilmu dan keluar ke jalan Allah..

c

Cari kebaikan mereka dan fahami mereka..

Wanita tadi hubungi saya dan kata selepas program saya hari tu. Dia pasang cd ceramah saya dalam kereta masa suaminya tiada. Tiba-tiba satu hari suaminya ajak isterinya ke ceramah saya. Isterinya terkejut. Mana suami dia kenal. Rupanya suaminya masa dalam kereta boring buka ceramah saya..

Kini suaminya mula jaga solat. Banyak yang telah berubah..saya tanya isterinya, suaminya malas lagi ke? Jawabnya alhamdulillah ustaz banyak kebaikannya yang lain yang buat saya bersyukur..

Syukur mendatangkan ketenangan dan sayang. Syukur dan hampir pada Allah..bila kita rapat dengan Allah segalanya berubah. Sebab kita yakin Allah sayang kita dan tidak akan sia-siakan hambanya yang bersyukur..rahsia segalanya syukur. Dakwah dan doa menangis. Selebihnya kita tawakal-ebit lew

 

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian. Hubungi Kami Sekarang

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian.
Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat