Dua Lelaki Mengalami Letih Dan Lemah Yang Teruk Dipercayai Selepas Meminum Sejenis Kopi

Sumber Rujukan : Berita Harian

Dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk, dipercayai selepas meminum sejenis kopi. Sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata, dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi, dan mengalami beberapa simptom antaranya letih dan lemah yang teruk. Pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar.

Disamping itu, akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak. Beliau meminta orang ramai yang mengalami simptom sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini berkata pihaknya mengesan berita yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp berhubung beberapa pesakit yang mendapatkan rawatan di HPP selepas meminum sejenis kopi.

Masyarakat dinasihat supaya menjaga kebersihan dan makanan atau minuman serta segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan sekiranya mengalami apa-apa gejala penyakit yang membawa bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat