Jenis Warna Air Kencing Yang Menerangkan Kesihatan Tubuh Badan Kita


Buang air kecil sudah adalah salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua manusia. Tetapi, setiap kali anda pergi membuang air kecil, jangan terus ‘flush’ dulu. Apa kata, ambil masa sekejap untuk mengenalpasti warna air kencing anda tersebut. Untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita

pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui 9 jenis warna air kencing

Oleh itu, selepas membuang air kecil, pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui 9 jenis warna air kencing :

Tiada warna atau jernih

Kalau air kencing anda tidak mempunyai warna iaitu jernih sahaja, ini kerana anda telah minum terlalu banyak air. Memang betul minum banyak air sangat bagus untuk kesihatan tetapi jangan terlebih kadar air pula ya. Jika keadaan sebegini berlaku, anda boleh kurangkan sedikit minum air untuk mendapatkan warna air kencing yang sihat.

Warna kuning pucat

Inilah warna air kencing yang menjadi penanda aras kesihatan tubuh badan seseorang itu. Minum air dengan cukup dan jangan terlebih kandungan air, kerap pergi ke tandas dan mengamalkan pemakanan yang sihat adalah faktor yang membantu anda untuk mendapatkan air kencing berwarna kuning pucat ini. Ini bermaksud, tubuh badan anda adalah normal dan terhidrat.

Warna kuning jernih / kuning terang

Air kencing berwarna kuning yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu pucat ini juga adalah penanda aras bahawa tubuh badan anda adalah di tahap yang normal. Salah satu penyebab kepada air kencing berwarna ini adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Jadi, kurangkan dari terdedah dengan cahaya matahari untuk mendapatkan warna air kencing yang lebih sihat.

Warna kuning pekat seperti madu

Urine yang sihat umumnya berwarna kuning pucat atau seperti warna madu. Namun jika warnanya kuning kegelapan, bermaksud Anda kurang minum air putih. Ketika air seni menjadi lebih terkonsentrasi, ini biasanya disertai dengan bau.

Warna coklat

Air kencing warna coklat? Tahu atau tidak, jika air kencing anda berwarna ini, anda mungkin mempunyai masalah hati atau ‘severe dehydration’ iaitu dehidrasi terlampau. Untuk mengatasinya pada peringkat awal, pastikan anda minum air dengan secukupnya. Jika keadaan masih berlarutan, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk proses yang seterusnya.

Warna kemerah-merahan

Warna merah dapat berasal dari darah yang larut dalam urin. Kondisi ini dikenal sebagai hematuria. Ada beberapa penyebab air seni berwarna merah, seperti infeksi saluran kemih, batu ginjal, kanker kandung kemih, atau kanker prostat.

Namun, warna merah air kencing juga biasa berasal dari makanan dan zat tertentu yang tertelan, sehingga tubuh Anda membuangnya melalui urin. Ada juga makanan yang dapat menyebabkan urin berwarna merah iaitu blackberry dan rhubarb.

Jika perubahan warna bukan karena makanan dan itu terjadi lebih dari sekali, sebaiknya segera diperiksa kondisi kesihatan Anda kepada doktor.

pastikan warna air kencing anda dahulu untuk mengetahui 9 jenis warna air kencing

Warna oren

Kadang-kadang ramai yang keliru sama ada air kencing mereka berwarna kuning pekat atau oren kan? Jika air kencing anda berwarna oren, ini boleh juga terjadi di atas faktor pemakanan. Makan terlalu banyak lobak merah juga menjadi penyebab kepada air kencing berwarna sebegini, tetapi dalam masa dua hari air kencing akan kembali normal. Sebab lain ialah, anda mungkin ada masalah dengan hati. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor supaya masalah ini boleh diselesaikan.

Warna kebiruan atau kehijauan

Air kencing berwarna biru terjadi di atas faktor pengambilan ubat. Faktor pemakanan juga adalah penyebab kepada air kencing berwarna biru ini. Tengok macam aneh kan? Faktor lain juga adalah mungkin saluran urinari atau air kencing anda telah dijangkiti bakteria dan menyebabkan air kencing menjadi warna biru. Dapatkan nasihat doktor supaya anda sentiasa mendapat rawatan yang sepatutnya.

Air kencing berbuih

Air kencing berbuih ini dikatakan terjadi kerana buah pinggang menyahkan segala toksin dan protein yang berlebihan di dalam buah pinggang. Air kencing berbuih juga terjadi kerana masalah dalam sistem urinari dimana jangkita kuman pada saluran air kencing telah berlaku. Jadi, perkara ini adalah agak serius dan jangan perlu dipandang remeh.Untuk individu yang tidak hamil, tidak mengalami dehidrasi dan tidak mengambil supplemen tetapi masih mempunyai air kencing berbuih, anda perlu dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mengelakkan hal yang lebih teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat