Sampai Mengemis Merayu Minta Hutang Dari Sahabat Baik

Sumber Rujukan : Viral Muafakat Johor

Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Dalam Al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang. Al-Baqarah, 282. Semua orang terutamanya yang beragama islam juga sudah sedia maklum bahawa setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. Walaubagaimanapun, ada lagi sesetengah masyarakat yang tak ambil kisah tentang hukum hakam dan tak mahu melunaskan hutang mereka. Sebaliknya, orang yang bagi pinjam pula sampai mengemis merayu minta hutang daripada golongan yang tak tahu berterima kasih ini.

Kebanyakkan golongan ini bila nak pinjam duit baik je pijak semut pun tak mati, ada juga yang siap menangis bagai. Sebab kesian kan sahabat baik, so bagi pinjam.

Disini saya kongsikan satu cerita berdasarkan kisah benar. Malam tadi kat surau shell R&R Seremban. Terdengar seorang abang ni bercakap melalui telefon sebelah kereta saya.

“Zim tadi kau cakap nak masukkan duit, kenapa aku check tak masuk lagi. Zim tolonglah masukkan sekarang, aku takda duit nak bayar tol ni. Kalau kau tak dapat bayar semua hutang aku, kau bayar RM100 pun takpe dah, lepas minyak dan tol aku. Aku merayu kat kau Zim”.

Saya dari nak tidur, terus tak jadi. Terus pasang telinga nak tahu apa ending abang ini. Selepas 5 minit abang tu call lagi. Zim.. Tolonglah angkat.. Zim.. Tolonglah angkat.. Ya Allah.. (sambil dia tepuk dahi berkali kali).

Saya yang dengar terus sebak. Geram pun ada. Apa punya kawan sampai kena merayu begitu sekali untuk minta bayar balik hutang yang dipinjam.

Saya keluar kereta bagi kat abang tu RM50. Abang, maaf saya dengar perbualan abang tadi, saya nak bantu abang sikit supaya lepas bayar tol. Saya pandang dalam kereta ada anak isteri lagilah rasa sebak. Abang tu berkali-kali mengucapkan terima kasih, anak-anak dia keluar kereta salam cium tangan saya.

Allahu. Sebak sangat. Setiap kali saya bermusafir selalu doa supaya dapat tolong orang dalam kesusahan. Setiap kali dapat tolong orang jiwa tenang sangat-sangat. Walaupun kita bukan orang kaya, tapi kena selalu niat nak bantu orang dalam kesusahan. Yakinlah balasan Allah berlipat kali ganda dunia akhirat.

Nasihat buat sahabat dan diri sendiri, satu rahmat besar jika orang kesiankan kita bagi hutang, tapi jika kita berhutang tolonglah jangan lari dari bayar hutang. Jika tidak mampu bayar pada waktu dan jumlah yang dijanjikan bincanglah elok-elok bukan aniaya orang sehinggakan mesej dan call tak jawab.

Moga الله mudahkan kita semua untuk langsaikan hutang sebelum terpisahnya ROH dari jasad.

Sumber: EncikMatt-LelakiBurqa

Oleh itu, sebagai Muslim, apabila kita berhutang, maka niatkan dalam diri untuk membayarnya, maka Allah SWT akan melorongkan kesenangan untuk melunaskannya. Kesedaran dan ilmu pengetahuan Islam menjadi kunci untuk tidak culas daripada membayar hutang.

Tonton video dibawah:

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat