Masa Terbaik Minum Air
Masa Terbaik Minum Air
Meminum air masak atau kosong sememangnya sangat baik dan bagus untuk tubuh. Malah, ia juga dapat memastikan tubuh badan kita sentiasa mencukupi air untuk melakukan kerja harian.
Air merupakan elemen yang penting bagi tubuh badan untuk sistem tubuh kita bekerja dengan lancar dan bertenaga. Namun , air perlu diminum pada waktu yang sesuai. Oleh itu terdapat beberapa masa terbaik minum air dalam kehidupan harian kita.
1. Bangun Tidur
Ketika kita berehat/tidur organ tubuh kita akan melakukan proses detoksifikasi. Ketika itu tubuh badan kita akan mengalami kekurangan cecair atau dehidrasi. Oleh itu, masa terbaik minum air adalah sebaik sahaja bangun dari tidur, terus minum air (2 gelas).
Ini membantu mengaktifkan organ dalaman kita selepas satu malam tidak bekerja. Malahan dia juga membantu merangsang metabolisme serta membuang racun di dalam tubuh
2. Sebelum Makan
Amalan minum air semasa makan tidak digalakkan. Masa terbaik minum air adalah 30 minit sebelum untuk membantu proses penghadaman. Kemudian digalakkan minum air 30 minit selepas makan.
Bagi yang minum air yang banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana ia menggangu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.
3.Sebelum Mandi
Sebelum melangkah ke bilik air , disarankan untuk meminum sekurang kurangnya 1 gelas air. Hal ini kerana jumlah air ini dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang menyebabkan tekanan darah turun.
4. Sebelum tidur
Minum air sebelum tidur merupakan perkara yang sangat baik untuk membuang toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Ada doktor yang sarankan kalau kita amalkan selalu, boleh membantu kita mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung. Malah ia juga membantu kita mendapat tidur yang nyenyak dan selesa.
5. Minum ketika penat
Hampir keseluruhan tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi terutamanya otak dan sistem saraf. Memliki jumlah yang mencukupi ia membantu otak kita berfungsi dengan baik.
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan seseorang itu menjadi lemah, cepat penat, sakit kepala, hilang fokus, cepat marah serta mempunyai masalah untuk tidur.