Juruterbang Berbudi Bahasa
.”Satu peratus yang remarkable.”
Status ini dikemaskini, baca sehingga titik akhir.
Status awal jam 9.00 malam
Saya ada cerita mengenai Kapten Shaha. Sanggup tunggu sebagai penumpang terakhir.
Kerana itu saya bergambar dengan beliau sebelum turun dari kapal terbang.
Mahu tahu kisahnya, saya perlukan 30 orang komen, Kapten di bawah.
….
Sambungan status selepas menerima lebih 30 komen.
Status jam 10.13 malam.
Penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur merupakan satu penerbangan yang normal dengan arahan, pemeriksaan dan kemudian perjalanan mengikut jadual.
Kecuali penerbangan AK5195 ini.
Saya memaksa diri agar tidak tidur petang. Tetapi berada dalam penerbangan yang statik akan memujuk mata tutup perlahan-lahan.
Kejutan beritma
Kemudian suara kapten kedengaran dari setiap pembesar suara dalam kapal terbang.
Aneh mendengarnya
Kerana apa yang disampaikan oleh juruterbang bernama Kapten Shaha ini ada ritma di hujung.
Beliau berpantun, baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Terus segar rasanya dalam penerbangan kali ini.
Setiap kali arahan diberikan, diakhiri dengan pantun.
Cerita belum selesai lagi.
Kejutan lihat di bawah
Awal penerbangan, menuju ke ketinggian 25,000 kaki, suara Kapten Shaha memberi ingatan kepada semua penumpang.
Beliau memberitahu apa yang akan berada di kiri dan kanan jika para penumpang melihat ke bawah ketika penerbangan.
Persis pemandu pelancong yang mahukan mereka yang mengikuti pakej tidak terlepas melihat perkara-perkara yang penting.
Dua kali ingatan itu diberikan.
Ketika berlepas dan ketika hampir tiba ke semenanjung.
Perubahan satu peratus dalam rutin penerbangan memberi mood dan kesegaran yang berbeza.
Inilah suara pantun dan panduan yang diberikan.
Klik http://bit.ly/kaptenshaha yang saya rakamkan.
Saya menunggu beliau, menjadi penumpang terakhir untuk mengucapkan terima kasih.
Jawab beliau, “Saya menunggu balasan pantun.”
Mengubah satu peratus dalam dunia rutin hanya berlaku apabila individu itu ada keterujaan terhadap kerjaya dan manusia di sekelilingnya.
Hanya satu peratus dapat memberikan senyuman kepada seluruh penumpang.
[3] Kejutan hormat
Kapten Shaha membuka pintu kokpit dan berdiri di hadapan.
Dari jauh saya melihat beliau mengucapkan terima kasih dengan senyuman ringkas tetapi bermakna.
Sisa-sisa tenaganya tidak sia-sia.
Beratus penumpang turun dengan memori yang berwarna-warni pada malam ini.
Saya, penulis dan penumpang kapal terbang Air Asia, mengucapkan terima kasih Kapten Shaha.
Tahniah Dato Tony Fernandes kerana mempunyai juruterbang yang ‘passionate’ mencipta keterujaan dalam kerjayanya.
Teruskan mencipta kejutan satu peratus.
Beliau mengingatkan saya kepada para penulis yang baru memasuki padang penerbitan.
Mereka mahir dalam bidang masing-masing dan dapat menceritakan dengan baik.
Tetapi buku yang bagus menjadi biasa-biasa di rak buku.
Sebabnya jelas, tiada formula satu peratus yang menjadi keterujaan pembaca apabila melihat, membelek dan membacanya.
Pentingnya keterujaan dari dalam diri penulis mencari satu sudut baharu agar pembaca tidak ‘tertidur’ dengan jangkaan ini buku ‘rutin’ yang sama seperti yang lain.
Bunuh klise, bangunkan kejutan.
p/s Inspirasi satu peratus akan diajarkan dalam Master Class penulisan buku umum pada November ini. Langkah kecil berimpak besar dibit.ly/penulispremium