10 Fakta Menarik Mengenai Kemerdekaan Malaysia


Tarikh 31 Ogos 1957 dipilih oleh Ketua Pemuda UMNO dan timbalannya, Tun Sardon Jubir dan Ahmad Badawi (bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-5) dan disertai oleh Haji Abdullah Fahim (bapa kepada Ahmad Badawi) selaku Mufti Pulau Pinang pada satu mesyuarat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 1956.

Disini terdapat beberapa fakta-fakta yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan.

Adakah anda tahu?

1. Bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Persekutuan Pertama pada 27 Julai 1955, parti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh masuk bertanding.

2. “Tokoh Gelang Kemerdekaan” diberikan kepada Datuk Siti Rahmah kerana dia rakyat pertama yang menyerahkan gelang emas kepada Tunku Abdul Rahman untuk digunakan sebagai biaya ke London dalam merangka tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris.

3. Dengan menggunakan kapal, rombongan kemerdekaan bergerak ke London.

  • Segala hujah dan pertanyaan dan kekeliruan yang akan ditanya oleh pihak Briish dirangka dan disusun dalam tempoh pelayaran tersebut. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama ahli delegasi tersebut.
  • Kerana ingun menyegerakan berita gembira kepada rakyat, para delegasi pulang ke tanah air menggunakan kapal terbang.

4. Di hadapan 20 ribu rakyat Tanah Melayu di Stadium Merdeka, Tunku sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama melaungkan Pengisytiharan “MERDEKA” sebanyak 7 kali.

5. Menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu dalam tulisan jawi, Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis.

6. Unuk menggubal dan mengkaji Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956.

7. Pada 14 Januari 1956, rombongan merdeka sampai di London. Rundingan bermula pada 16 Januari dan berakhir pada 6 Februari 1956. Rundingan disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, perwakilan British dan juga Setiausaha Negara bagu Tanah Jajahan.

8. Pada 10 Mei 1957,di London Draf Perlembagaan telah dibincangkan. Antara kandungan draf tersebut ialah, mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

9. Bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu, Bendera Union Jack diturunkan dan lagu God Save The Queen dimainkan untuk terakhir kali.
Setelah itu, diiringi oleh lagu kebangsaan Negaraku, Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

10. Pada 28 hingga 29 Disember 1956, Runding Baling diadakan bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng untuk menyelesaikan isu pemberontakan komunis di Tanah Melayu.

 

Berikut merupakan fakta-fakta yang berkaitan dengan merdeka yang perlu anda ketahui. Banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat