Enam Jam Tanpa Pengawasan Pengasuh Di Taska, Adik Haura Pergi Selamanya
Zaman sekarang kebanyakan para ibu dan wanita akan keluar bekerja. Memandangkan kos sara hidup sekarang terlampau tinggi, tiada pilihan lain selain isteri ataupun wanita untuk sama-sama mencari rezeki.
Apabila suami isteri keluar mencari rezeki, pastinya anak-anak akan ditinggalkan kepada pengasuh. Bagi mereka yang tiada perasaan bimbang dan takut pasti akan sanggup menghantar anak mereka ke pusat asuhan ataupun taska.
Dengan kewujudan pusat asuhan dan taska ini, sebagai ibu dan bapa pasti tidak akan berasa risau dan was-was lagi. Malah urusan para ibu bapa akan menjadi lebih mudah.
Enam Jam Tanpa Pengawasan Pengasuh, Adik Haura Pergi Selamanya Di Taska
Berkait rapat dengan pusat asuhan seperti Taska ini, terbaharu viral kisah mengenai adik Haura yang pergi selamanya setelah enam jam tanpa pengawasan pengasuh. Entah ke mana hilangnya ‘rasa’ dalam diri orang kita pada hari ini kerana sanggup meninggalkan bayi yang berumur 6 bulan begitu sahaja.
Adik Haura yang berumur 6 bulan 1 hari dibiarkan dari jam 10 pagi dan hanya dilihat oleh pengasuh pada jam 4 petang pada hari kejadian. Sebelum itu penjaga atau pengasuh bayi berkenaan memberikan susu dan dibedung penuh sebelum diletakkan secara mengiring.
Kemudian pengasuh berkenaan keluar dari bilik dan masuk semula. Pada ketika itu pengasuh tersebut nampak adik Haura terlungkup namun tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampak ianya macam boleh bernafas.
Pada jam 4 petang hari kejadian, pengasuh berkenaan masuk semula untuk memandikan Haura namun sungguh mengejutkan kerana Haura sudah tidak sedarkan diri.
Kronologi kejadian dari ibunya
Tak terjangkau di fikiran bagaimana orang dewasa tergamak meninggalkan bay 6 bulan di dalam bilik tapa pengawasan (unsupervised) selama 6 jam!
Alfatihah buat Haura Najia Binti Mohd Kamaruddin Helsa, berumur 6 bulan meninggal dunia setelah 6 jam dibiarkan tanpa pengawasan pengasuh.
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi:
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan bby Haura tidak sedarkan diri. Sy segera ke taska dn pihak taska memaklumkan telah bawa bby Haura ke klinik berdekatan dan dlm beberapa saat dimaklumkan bby sy dibawa ke Hospital Melaka.
Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan bby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkn bby haura dtg dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikn nadi bby sy ada semula namun terlalu lemah.. Bby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan ank saya 50-50 utk survive n andai survive tidak akan mnjadi bby haura yg dahulu. Bby sy diletakkan di bawah PICU.
Jam 10 pagi dibedung penuh dan diberikan susu kemudian..
Suami berjumpa n bertanya kepada penjaga bby apa yg berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dr bilik bby. Dia masuk semula dan nmpk haura terlungkup tetapi tidak membetulkn kedudukan haura kerana nmpk haura mcm boleh bernafas. Dia masuk semula utk memandikan bby pada jam 4 petang dan tgk haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah bby haura sy di biarkan dr jam 10 pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang shj.. Betapa struggle bby haura sy utk bernafas hgga bby sy pergi selamanya.. Allah… Allah..
Mlm 27 Oktober Pakar merawat memaklum bhw bby sy poor progress. Sy dan suami dibenarkan utk berada di PICU sentiasa.
28hb progress bby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress bby haura semakin tidak cntik dan memaklumkan buah pinggang bby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 8.54 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari bby haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini sy dan suami dengan rendah diri mohon doa dr semua utk kami dapatkan keadilan utk bby kami dan juga utk bby2 yg lain.. Sy mengharapkn pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska2 lain.
Tidak tergambar perasan ibu ayah dan keluarga saat mendengar bayi berusia 6 bulan ini meninggal dek kerana kecuaian pengasuh. Semoga ibu bapa bayi Haura dapat keadilan atas apa yang berlaku. Salam takziah kepada Nurul Fateha sekeluarga.
Kredit: Nurul Fateha Sandollah
Baca juga: Dari Budak Praktikal Kepada Isteri, Disuruh Macam-Macam Rupanya Bos Ada Hati