5 Tindakan Tertentu Yang Patut Dilakukan Oleh Ibu Bapa Jika Anak-anak Mengamuk Nak Main Handphone
Ramai dikalangan ibu bapa yang selalu buat, jika anak mengamuk dan menjerit-jerit nak main handphone terus bagi. Ada juga sesetengah ibu bapa yang sengaja belikan handphone untuk kegunaan anak-anak. Untuk pengetahuan, bila anak-anak dah ralit dengan penggunaan handphone memang susah nak ‘dipisahkan dan dihalang’, sampai ada yang sanggup ‘mengamuk’ dan bertindak secara agresif. Haa.. Bila berlaku keadaan ini, ramai ibu bapa selalunya mengalah dengan anak dan menurutkan saja permintaan mereka. Perkara ini merupakan satu kesilapan dan perlu dibetulkan. Berikut adalah cara atau tindakan tertentu yang patut dilakukan oleh ibu bapa bagi mengatasi perkara ini.
1-Buat syarat yang mesti dipatuhi
Anda mesti berbincang dengan suami tentang perkara ini dan buat kata putus apa syarat-syarat yang mesti dipatuhi jika anak mahu gunakan HP.
2-Bersemuka dengan anak
Panggil bersemuka dengan anak. Anda dan suami mesti sama-sama menerangkan syarat gunapakai HP berkenaan pada anak-anak.
3-Jangan mengalah
Anda dan suami kena bertahan. Istiqamah. Konsisten. Jangan mengalah. Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman lepas dia akan terus bertindak agresif, mengamuk dan macam-macam tindakan lain untuk “menuntut haknya pada HP itu”.
Mungkin dia akan bertindak begini beberapa hari, seminggu atau dua minggu bergantung pada keadaan. Itulah kata-kata yang dimaksudkan oleh Sultan Johor “BIAR ANAK MENANGIS SEKARANG” kerana tidak dapat apa yang dituntut.
Kalau anda kalah dengan tuntutannya dia akan membesar dapat apa saja yang dia mahu, maka kesilapan anda akan membuatkan anak itu lama-lama jadi samseng kerana “apa aku mahu, apa cara pun akan aku dapat”. Dari sinilah dia akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada ketika itulah DYMM Sultan Johor menyambung, “JANGAN IBU BAPA MENANGIS DI KEMUDIAN HARI”.
4-Anak akur
Setelah anda berjaya mempertahankan pendirian baru anda itu (nak guna kena ikut syarat) lama-kelamaan anak akan akur. Dia akan semakin kurang agresif dan mengamuk, kerana dia tahu tindakan itu tidak lagi berjaya. Sikap anak sedikit sebanyak akan semakin lembut, reda dan akur dengan pendirian ibu bapanya.
ANDA MENANG, ANAK PUN MENANG. Anda menang kerana berjaya mengawal tantrum anak. Anda anda menang kerana kini jadi anak yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.
Ini bermakna kalau anda terus biarkan dia dengan sikap dan tingkah laku kini, maka natijahnya ANDA KALAH, ANAK KALAH. Mahu gitu?
5-Anak ikut syarat
Kini anak anda akan jadi lebih bertanggungjawab, mahu apa pun kena ada syarat gunanya. Ikut syarat berjaya, tak ikut syarat tak dapat.
Sebagai contoh, dia kini Tahun 4, 2019 Tahun 5, 2020 Tahun 6, 2021 sekolah menengah. Kalau dia nak ke sekolah menenagh terbaik (MRSM, SAINS, SMKA, lain2 sekolah PREMIER) kena ada syaratnya. Apa syaratnya… Kena TEKUN BELAJAR. Itu adalah faedah sampingan yang besar apabila kita membiasakan anak kita, “NAK ITU, INI SYARATNYA”.
Kesimpulannya, ibu bapa jangan mudah mengalah dengan anak. Kita sebagai ibu bapa mesti ada kata putus. Anak akan mengamuk sekejap saja. Itu sudah pasti. Jangan kita pula yang bertindak agresif terhadapnya. Kita kena perlu banyakkan bersabar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!