Lubnan Ban Wonder Woman Kerana Gal Gadot Penyokong Zionis Kental


Lubnan secara rasminya mengharamkan filem Wonder Woman kerana watak utama filem tersebut dilakonkan oleh bekas tentera Zionis Israel, iaitu Gal Gadot.

Gal Gadot adalah penyokong tentera Zionis dan membenci gerakan HAMAS. Beliau pernah menulis status di Facebook yang berbunyi:

“I am sending my love and prayers to my fellow Israeli citizens. Especially to all the boys and girls who are risking their lives protecting my country against the horrific acts conducted by Hamas, who are hiding like cowards behind women and children…We shall overcome!!! Shabbat Shalom!”

Status ini ditulis Gal Gadot semasa perang di Gaza tahun 2014 yang telah menyebabkan 551 kanak-kanak dan 299 wanita terbunuh (1,462 orang awam terbunuh). 1/3 daripada 3,436 kanak-kanak yang cedera mengalami kecacatan kekal. Sehingga hari ini, 300,000 kanak-kanak memerlukan sokongan mental dan psikososial akibat trauma. Tambahan, 142,000 buah rumah musnah dan mengalami kerosakan yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Gaza tidak mempunyai tempat tinggal.

 

 

 

 

 

 

*Gal Gadot pernah membintangi filem siri Fast & Furious dan Batman v Superman.

* Lubnan dan Israel pernah berperang pada tahun 2006.

Sumber: UNRWA, alJazeera

Link status Gal Gadot:
https://www.facebook.com/GalGadot/photos/a.443954573925.242485.25616998925/10152522016708926/?type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat