Nak Beli Vitamin C Untuk Anak? Jom Ikuti Tips Doktor Ini Untuk Pilih Supplemen Vitamin C Terbaik Untuk Anak


Adakah anda sedang mencari vitamin C untuk anak ? Ia sememangnya penting bagi kanak-kanak lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini.

Kita juga pasti sedia maklum akan manfaat vitamin C bagi menguatkan sistem imun badan daripada mudah dijangkiti penyakit.

Namun, terdapat macam-macam jenis vitamin C di pasaran untuk kanak-kanak. Yang mana satu kita patut pilih ?

Bagi membantu ibu bapa memilih supplemen vitamin C untuk anak, Dr Wan Asmara telah menjelaskan panduan mudah menerusi platform media sosial TikTok.

Tips Membeli Vitamin C Untuk Anak

Pastikan Vitamin C Bebas Gula (Sugar Free)

Menurutnya, vitamin C yang ingin diberikan kepada anak perlulah bebas dari kandungan gula. Pastikan ia betul-betul sugar free sebelum membeli, ya!

Mungkin pada label pengilang tidak menulis gula dalam kandungan namun terdapat terma lain yang boleh digunakan oleh pengilang seperti Sucrose, Multodextrin dan Aspartame. Check betul-betul pada label, ya !

Tiada Pewarna Tiruan

Selain gula, supplemen vitamin C yang diambil oleh anak juga perlu bebas daripada pewarna tiruan. Walaupun ditulis mengandungi oren, namun ia tidak mengandungi khasiat buah oren sebenar.

Sebaliknya, sesetengah pengilang akan menggunakan pewarna tiruan Tatrazine atau ditulis dalam bentuk kod tertentu seperti CL 19140.

Seperti gula, pewarna tiruan dalam makanan adalah tidak bagus untuk kanak-kanak kerana boleh menyebabkan mereka jadi lebih hyper dan nakal.

Ia juga tidak mendatangkan sebarang manfaat pada kesihatan anak. Selain daripada dua bahan ini, jika boleh pastikan vitamin C yang dibeli tidak mengandungi gluten.

vitamin C untuk anak

Jenama Apa-Apa Pun Boleh !

Di samping itu, Dr Wan Asmara juga tidak mensarankan apa-apa jenama spesifik bagi supplemen vitamin C terbaik untuk anak. Asalkan ia menepati kriteria yang digariskan, supplemen tersebut dikira bagus dan baik untuk diamalkan.

Dr Wan Asmara juga sempat berpesan sekali lagi untuk semak kandungan terlebih dahulu bagi memastikan anak mendapatkan manfaat vitamin C sebaiknya.

Jangan pula bila dah makan vitamin C , anak menjadi semakin nakal ! Menjengah ke ruangan komen, Dr Wan juga memuji ibu bapa yang berjaya mengamalkan pemberian buah oren sebagai supplemen vitamin C semulajadi kepada anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat