Apakah Ayat Yang Paling Korang Tak Boleh Lupa Masa BERCINTA Dulu?


Bagi korang yang pernah BERCINTAconfirm banyak kenangan pahit manis semasa bersama kan. Tidak harian lah kerana manusia sememang mempunyai perasaan unutk dicintai dan menyintaikan. Namun tak selalunya hubungan itu indah kan. Sedangkan lidah lagi tergigitkan.

Bila terimbau kembali kenangan semas bercinta dahulu, kadang-kadang admin tergelak sorang-sorang. Bercinta macam Romeo and Juliet. Berjalan sana sini, makan sana sini, nak itu kita bagi, nak ini kita bagi. Bahagianya masa tu. Siap berjanji bagai susah senang sama-sama.

Namun yang peritnya bila kesetiaan kita dibalas dengan penipuan. Kadang-kadang alasan untuk memutuskan hubungan itu tidak masuk dek akal. Admin sendiri pun gelak sorang-sorang bila terbaca dan ingat balik alasan-alasan yang diberikan untuk berpisah.

Hari ini min nk kongsikan beberapa ayat yang selalu digunakan semata-mata untuk mintak breakup. Korang kena hati-hati tau. 

Sumber : Facebook

Disebabkan Tweet ini dikongsikan ke dalam facebook, ramai nitizen memberi respon melalui komen berkongsi tentang zaman percintaan dulu.

1. Dia cakap dia ada sakit yang boleh membawa mati, suruh lupakan dia dan cari orang yang lain. last-last dia kahwin jugak dengan orang lain. Tak mati-mati pun.

2. Dia kata dia setia tapi sebaliknya. Ayat last dia, awak terlalu baik. Sekarang aku dah jadi jahat, jadi pencuri selipar di masjid dan surau.

3. Dia kata ” saya jahat awak cari la perempuan baik. Last last dia kawin ngan ustaz. ” sampai sekarang saya tak boleh lupakan.

4. Bercinta tak ingat dunia,bertunang 5/6 tahun, dia suruh aku mintak kerja kerajaan macam ayah dia. Semasa tengah training aku balik cuti, nampak kepala aku botak hitam tak nak kat aku dah. Dia pergi ikut lelaki lain yang belum tentu masa depannya. Bila aku dah 1 tahun lebih kerja, dia cari family aku sebab nak cari dekat mana aku bertugas, tapi family tak bagitau. Alhamdulillah sekarang aku bahagia dengan isteri dan anak-anak. Anak pun dah 5. Dia sampai sekarang belum kawin. Nak pesan. Terima kasih sebab suruh aku minta kerja kerajaan dan padan muka sebab mainkan perasaan aku, tapi benda dah lepas.

Sumber: Facebook

5. Dia kata saya ni perokok dan tak baik untuk dia. Sekarang dia kahwin dengan tokey ketum.

6.Dia suuruh bagi dia masa untuk dia bertenang. Selepas 2 3 bulan, last-last dengan tenang dia putuskan pertunangan.

7. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tapi sampai sekarang elok je aku tengok. Siap dah kahwin ada anak dah!

8. “I cantik-cantik i pun untuk you”. Bila dah cantik pergi dekat orang lain jugak.

9. Kata nya sayang , last-last ada lelaki lain. Dan aku pun forever alone.

10. Taknak bercinta sebab nak fokus belajar and couple is haram katanya even tak pernah jumpa, tup-tup rupanya main curang dengan lelaki lain satu sekolah dan sanggup ikut sampai Kolej.

Sumber: Facebook

11. Sorry, mama saya tak suka awk. Padahal, dia sendiri pun tak pernah nak kenalkan aku dengan mama dia

12. Kata umur 21 nak masuk minang. Sekarang ni da nak 30 dah. Kau pun aku tak tahu hidup lagi ke tak.

13. Dia kata dia akan stay even macam mana pun berlaku . Dia akan selalu tetap akan bersama tapi bila sesuatu terjadi pada saya, dia lepaskan saye macam anjing yang terbiar bagaikan meminta simpati pada dia. Terima kasih lah pada manusia yang memungkiri janji.

14. Emmm. Saya tak boleh terima awak sebab mak saya ada jodoh untuk saya. Saya terpaksa. Last-last kahwin dengan mat pet.

Sumber: Facebook

Biasalah dalam kehidupan ini, tak selalunya indahkan. Langit juga tak selalunya cerah. Walau apa pun admin doakan semoga korang semua sentiasa bertabah, kuatkan semangat. InsyaAllah bahagia sentiasa ada untuk kamu. Allah Maha Mengetahui dan Dia inginkan yang terbaik buat kamu semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat