Wanita Ini Dedah Tak Boleh Makan Ginjal Ayam, Memang Terbukti Bahaya!


Selain daging dan ikan, ayam juga antara pilihan utama rakyat Malaysia. Bahkan rata-rata daripada lebih menggemari ayam berbanding ikan dan daging. Ayam pula, terdapat banyak jenis. Ada ayam pencen, ayam kampung, ayam hutan, ayam organik dan ayam daging.

Bagi makanan harian, pastinya ayam daging yang menjadi pilihan utama kerana ia lebih mudah untuk didapatkan, lebih mudah dicuci dan lebih mudah dimasak. Amat berbeza dengan ayam kampung ataupun ayam pencen, kerana kedua-dua ayam tersebut memerlukan masa yang lama untuk empuk.

Berkenaan dengan ayam ini, tidak semua bahagian dalaman ayam boleh dimakan. Ianya bukanlah ususnya, bukanlah pedal ataupun hatinya namun ia adalah bahagian ginjal ataupun buah pinggang.

Wanita Ini Dedah Tak Boleh Makan Ginjal Ayam, Memang Terbukti Bahaya!

Tahukah anda buah pinggang ataupun ginjal ayam yang jarang dicuci dan dibuang oleh peniaga dan segelintir dari kita adalah bahaya. Tidak dinafikan bahagian ini memang sedap, namun seperti mana yang dikongsi oleh Siti Nur Balqis menerusi laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), katanya ginjal ini ayam ini terbukti secara ilmiah bahawa bahaya itu dimakan.

Kenapa ianya berbahaya? Menurut Siti Nur Balqis, bahagian ginjal ayam ini menyimpan racun dalam tubuh ayam. Selain itu, bahagian ini juga menyimpan makanan ayam yang mengandungi ubat terkumpul dan ini termasuk darah kotor yang tidak sihat untuk dimakan.

Terbukti secara Ilmiahnya Bahagian Ini kalau Tak dibuang memang berbahaya

ginjal ayam

Yang suka makan bahagian ini dan menganggap ini adalah hati atau rahang ayam, wahai ahli group Menu Masakan Senusantara ini adalah Ginjal ayam yaitu bahagian Ayam yg menyimpan racun dalam tubuh ayam, bahagian dimana makanan ayam yang mengandungi ubat terkumpul dan ini termasuk darah kotor yg tidak sihat untuk dimakan.

Dah bertahun-tahun aku makan benda ni..

Menjengah ke ruangan komen postingan tersebut, pelbagai komen yang ditinggalkan dan ditulis oleh warga Facebook. Ada yang menulis, sudah bertahun-tahun dia makan ginjal ayam tersebut dan itu adalah part yang dia gemari.

“Dah bertahun-tahun aku makan benda ni. Dah la favourite aku benda tu”, tulis Helmi Halim

Malah menurut Akmal Yahya pula, ini adalah salah satu punca ayam cepat busuk. Bangkai baunya. ” Salah satu punca ayam cepat busuk. Bangkai baunya”.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan setiap kali dia mencuci ayam, pastinya bahagian tersebut dibuang ke dalam tong sampah.

“Setiap kali cuci ayam confirm hat tu ke tong sampah”, komen Noor Farra Hidda Mohamad

Semoga dengan perkongsian bahaya makan ginjal ayam ini dapat membuka mata semua rakyat Malaysia dan mereka di luar sana. Kalau boleh elakkan makan bahagian ini, sekalipun bahagian ini sangat enak namun ia adalah bahaya.

Apa yang bahaya kita cuba elakkan demi kesihatan fizikal dan mental kita juga. Banyak lagi bahagian lain yang cukup enak dan lazat, jadi rasanya tiada masalah jika kita tidak makan bahagian tersebut. Selepas ini pastikan bahagian tersebut dibuang dan dicuci bersih ya.

Sumber: Siti Nur Balqis Via MAHN

Baca juga: Influencer Telan Lebih 3 Supplement Setiap Hari, Doktor Ini Luah Rasa Kasihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat