Saya Mengaku Salah – Datuk Seri Vida

Sumber Rujukan : Harian Metro

PENGASAS Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengaku salah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah di syarikat penyiaran televisyen, berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Datuk Seri Vida  didenda RM4,800, Dalam perbicaraan , ketika jurubahasa membacakan pertuduhan dihadapinya, Hasmiza menjawab ringkas, ‘bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku salah’.

Beliau di tuduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, antara 1 hingga 1.30 tengah hari, 18 Julai 2016.

Mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(b) akta, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Datuk seri Vida yang tidak mewakili peguam, membuat rayuaan memohon dikenakan hukuman ringan dengan “alasan hanya mengulangi testimoni daripada pelanggan mengenai keberkesanan produk berkenaan.”

Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon dikenakan hukuman berat kerana mempunyai kesalahan lampau serta OKS dikenali ramai.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat