Hanya Pegang & Hidu Keropok Mamee Tapi Tak Makan, Adik Ini Buat Ramai Sebak


Kehidupan zaman sekarang bukanlah semua orang hidup mewah dan senang lenang. Masih ramai lagi di luar sana yang sedang berusaha sebaik mungkin, bukanlah untuk mendapatkan kehidupan yang serba serbi lengkap. Namun cukup sekadar perut anak-anak dan ahli keluarga terisi.

Kita terlampau dipamerkan dengan kemewahan sehinggakan mereka yang hidup dalam kesempitan dan kekurangan seolah-olah tidak dipandang dan dihiraukan. Jangan kita fikir negara kita sudah maju dan rakyatnya semua hidup dalam serba kemewahan, tidak.

Bahkan masih lagi ramai yang berjuang sehabis mungkin demi meneruskan kelangsungan hidup. Malah lebih menyedihkan lagi, apabila ada yang tidak makan berhari-hari dan hanya sekadar boleh menghidu sahaja makanan.

Hanya Pegang &  Hidu Keropok Mamee Tapi Tak Makan, Adik Ini Buat Ramai Sebak

Seperti mana video yang viral menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat hanya menghidu sahaja keropok Mamee yang dipegang. Kejadian tersebut dilihat dan dikongsikan oleh Aliiahadii.

Ketika Aliia menaiki sebuah bas Rapid KL sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Aliia melihat seorang budak lelaki sedang duduk di atas kerusi. Kelihatan dia memegang sebungkus keropok Mamee yang kemungkinan sekarang dijual pada harga RM0.30 hingga RM0.50 sebungkus.

Tidak membuka bungkusan tersebut mahupun makan, budak lelaki bertopi itu kemudiannya dilihat hanya menghidu keropok Mamee tersebut. Malah menurut Aliia lagi, sepanjang perjalanan ke stesen, adik tersebut langsung tidak membuka keropok berkenaan.

Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Aliia kemudiannya terdetik untuk memberikannya wang belanja. Sewaktu turun dari bas, Aliia mencari adik lelaki tersebut dan memberikan wang berjumlah RM10.

“Otw balik kerja, masuk bas, terfokus dekat adik ni. Dari awal sampai last station dia bau je keropok mamee tu. Tapi tak buka tak makan pun. Terus terniat nak kasi duit belanja tapi tak banyak la”

“Maaf dik akak tak bagi banyak, harap adik boleh guna beli makan Mamee banyak-banyak okay”, tulis Aliia di dalam video tersebut.

Dia selalu dengan dunia dia je. Baik budaknya..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berasa sebak dan sedih apabila melihat perlakuan adik tersebut dan ada juga yang memuji sikap baik Aliia yang telah menghulurkan wang kepadanya.

“Kalau kita tak jumpa org baik, be one of them” – RQueen

Dalam masa yang sama ada juga yang turut memberitahu nama budak lelaki tersebut dan dia sering berada dalam dunianya sendiri. Walaubagaimanapun, dia seorang budak yang baik. ” Nama dia arip sis. Dia selalu dengan dunia dia je. Baik budaknya”, tulis Candiess Bouquet by Linda.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih dan mengenangkan anak sendiri apabila dia sudah tiada kelak. “tiba2 aku sebak.. one day if aku pergi dulu dr anak yg masih kecil..Ya Allah..semoga Allah jaga iman2 aku..bila lihat anak ni.. memikirkan ank sndr“, tulis Haslizah Rozali

keropok Mamee

Tiada perbuatan lain, tiada kata-kata yang dipertunjukkan oleh adik lelaki berkenaan. Dia hanya menunjukkan yang dia susah setelah dia menghidup keropok Mamee tanpa memakannya. Apa pun tahniah diucapkan kepada Aliia kerana menjadi salah seorang orang yang baik di dunia ini.

Sumber: TikTok aliiahadii

Baca juga: Biarkan Anak Tak Makan Berminggu-Minggu Hingga Tinggal Tulang, Alasan Sibuk Bekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat