10 Manfaat Memperoleh Vitamin E Dalam Kehidupan Seharian


Apakah manfaat Vitamin E? Vitamin E ialah vitamin yang larut lemak. Ia memainkan peranan penting sebagai antioksidan di dalam badan kita. Ramai memilih untuk mengambil vitamin E terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan kulit dan wajah. Selain itu, Vitamin E ini juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh merendahkan paras kolesterol.

10 Manfaat Vitamin E

1-Pelindung sel darah merah

Kelebihan Vitamin E yang kebanyakan orang tidak tahu adalah ia dapat melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat, bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas.

2-Menyeimbangkan kolestrol

Kolestrol ialah bahan yang wujud secara semula jadi, dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk fungsi sel dalam badan yang sihat, saraf dan hormon. Apabila paras kolestrol berada dalam keadaan semula jadi, ia akan seimbang, normal dan sihat. Tetapi, jika ianya teroksida, ia akan menjadi berbahaya.

Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Vitamin E bertindak sebagai antioksidan pelindung yang melawan pengoksidaan kolestrol dan banyak terlibat dalam proses membantu tubuh melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas di dalam tubuh badan.

3-Melawan radikal bebas dan mencegah pembentukan penyakit

Radikal bebas melawan dan memecahkan sel-sel sihat yang ada dalam tubuh badan anda dan semua ini boleh membawa kepada penyakit jantung dan kanser. Molekul-molekul ini terbentuk secara semula jadi dalam tubuh badan anda dan ianya boleh menyebabkan kerosakan yang teruk apabila ia dioksidakan.

Selain memiliki keupayaan untuk mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas, Vitamin E juga boleh melawan keradagan dan sekaligus membantu untuk memperlahankan tanda-tanda penuaan. Di samping itu, membantu menyelesaian masalah kesihatan seperti penyakit jantung.

Seterusnya, kajian juga telah menunjukkan bahawa Vitamin E boleh meningkatkan keimunan dan dalam masa yang sama dapat membantu mencegah kedua-dua penyakit yang biasa dan juga penyakit yang serius daripada terbentuk.

4-Mengatasi masalah Pre-Menstrual

Bagi anda yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, kelebihan Vitamin E akan membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

6-Meningkatkan penglihatan mata

Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko pereputan makular yang menjadi punca kepada kebutaan. Sentiasa ingat, bahawa untuk membolehkan Vitamin E berkesan kepada penglihatan, ia mesti disertakan dengan pengambilan Vitamin C, Beta Karotina dan Zink.

Ia juga didapati bahawa apabila pengambilan Vitamin E dan A yang tinggi setiap hari berkesan untuk merawat penglihatan bagi mereka yang menjalani pembedahan mata secara leser.

7-Meningkatkan tenaga fizikal dan kekuatan otot

Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan fizikal. Ia boleh meningkatkan tenaga anda dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif terhadap otot ketika bersenam. Vitamin E juga boleh meningkatkan kekuatan otot.

Di samping itu, ia boleh menghilangkan kepenatan yang dengan cara melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menguatkan dinding kapilari darah serta menyegarkan sel-sel dalam badan.

8-Menebalkan rambut

Disebabkan oleh Vitamin E merupakan antioksidan yang berkuasa, ia dapat membantu untuk mengurangkan punca-punca yang menyebabkan rambut anda rosak. Ia juga berupaya untuk menyihatkan kulit rambut anda. Selain itu, minyak yang mengandungi Vitamin E pula akan memberikan kelembapan kepada kulit dan akhirnya akan mencegah daripada kulit kepala menjadi kering.

Malah minyak ini juga akan menjadikan rambut anda kelihatan lebih sihat dan segar. Anda boleh titiskan beberapa titis minyak Vitamin E kepada rambut anda lebih-lebih lagi ketika rambut anda kering dan pucat.

9-Menghilangkan parut

Parut selalunya terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan dan juga akibat jerawat. Kelebihan Vitamin E ini adalah ia mampu mengurangkan kesan parut kerana khasiatnya akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan pada kulit.

10-Mencegah kedutan

Kelebihan Vitamin E yang lain adalah ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan pengeluaran kolagen,iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.

Kesimpulannya, selain daripada Vitamin C, anda dinasihatkan untuk amalkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E. Hal ini kerana, Vitamin E merupakan antara nutrisi yang penting kepada kesihatan. Malah ia juga mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan. Contoh makanan yang terkandung dengan serat Vitamin E adalah seperti kacang tanah, kacang Almond, telur, buah buahan, biji bunga matahari dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat