Abdul Basit: 3 pengajaran dari penutupan 161 outlet Tealive
Abdul Basit, jurulatih yang meningkat naik dalam bidang pengurusan perniagaan dan popular dengan kursus ‘Seminar Road to HR‘ serta ‘Seminar MyDocuments’ berkongsi pandangan tentang penutupan 161 outlet Tealive yang hangat diperkatakan.
Outlet Minuman jenama Chatime yang mana pada asalnya dikendalikan oleh Loob Holding , sebelum Loob Holding dikatakan mempunyai salah faham dengan pemilik asal brand Chatime yang berada di Taiwan.
Akibat dari tindakan Loob Holding, menjenamakan semula outlet sedia ada kepada Brand Tealive pada masa yang sama menggunakan kaedah pemasaran melalui “Chatime renamed as Tealive” dan “Tealive replaced Chatime”.
Maka Chatime Malaysia yang masih memiliki beberapa outlet , mula mengambil tindakan undang-undang kerana Loob Holding membuatkan pelanggan Chatime keliru dengan Tealive seolah-olah Chatime sudah menutup operasi di Malaysia.
Chatime Malaysia memenangi kes dan hari ini, Loob Holding diarahkan oleh mahkamah untuk menutup serta merta kesemua 161 outlet brand Tealive mereka.
Kemungkinan besar, outlet Tealive ini akan kembali menggunakan brand Chatime lantaran model bisnes dan bahan yang digunakan hampir sama.
Di Malaysia, sistem franchise dilindungi dan franchisee tidak boleh sesukahati untuk buat bisnes yang sama dengan bekas franchisor.
Ada 3 pengajaran yang boleh kita ambil dari case study ini.
1. Fahami dunia pensyarikat terutamanya berkaitan undang-undang yang ada di Malaysia.
2. Tidak menggunakan pendekatan pemasaran dengan memburukkan bisnes orang lain.
3. Bersedia dengan sebarang risiko yang ada dalam bisnes. “ we are risk manager,not risk taker”
Ps: Salah satu kes F&B yang menarik untuk kita baca dan faham. Betapa pentingnya ilmu pensyarikatan dalam bisnes.