3 Rakyat Malaysia Di Buru Kerana Bertindak Samseng Ketika Berada Di Jepun
Tular di media sosial apabila video 3 orang rakyat Malaysia yang dikatakan bertindak samseng ketika menginap di Vitti Lodge & Family Apartment. Dalam sebuah video berdurasi 6 minit yang memaparkan pertelingkahan antara pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment dan pelancong Malaysia. Seorang lelaki yang memakai Yeezy V2 Zebra(pelancong Malaysia) dilihat memaki hamun lelaki berbaju biru (pekerja penginapan rakyat Malaysia) atas sebab salah faham yang berlaku sambil seorang rakannya sedang tenang menyiapkan maggi. Di penghunjung video, muncul seorang lelaki lain yang tiba-tiba saja menumbuk pecah dinding dapur penginapan.
Dari sumber lain Kamarul Ilmar Ramli telah menyatakan bahawa mereka bertiga sudah tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan jadi pihak hostel telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma. Tapi sikap kurang ajar membalas terima kasih hanya dengan memecahkan dinding dapur. Bahkan, salah seorang daripada mereka juga telah berak dan meninggalkan tahi di bilik mandi hostel.
Sumber lain : 3 Pemuda ini tiba pada jam 9 malam dan staff dari Malaysia (berbaju biru) telah membawa mereka ke bilik masing-masing. Selepas 20 minit, 3 pemuda tersebut pergi ke dapur dan mula memasak makanan dengan jumlah yang sangat banyak.
Kebetulan staff mereka sedang melakukan rondaan dan melihat aktiviti mereka, dia bertanyakan sama ada mereka ingin membuat parti atau keramaian.
Mereka katakan tidak, cuma memasak untuk rakan-rakan yang tinggal berdekatan kerana mereka tidak mempunyai dapur di tempat mereka.
Peraturan di rumah tumpangan tersebut tidak membenarkan mereka memasak pada waktu malam, namun tiba-tiba mereka mengamuk dan ingin bergaduh dengan staff tersebut.
Sikap begini tidak seharusnya berlaku kerana memberikan image buruk kepada nama Negara dan rakyat sendiri. Seharusnya kita perlu menjaga adab di negara orang mahu pun di negara kita sendiri.