Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Atlet Pertama Paralimpik Menang Di Sukan SEA – Daily Rakyat

Ziyad Zolkefli Cipta Sejarah Atlet Pertama Paralimpik Menang Di Sukan SEA

Sumber Rujukan : new straits time

Pemenang pingat emas Paralimpik di Rio 2016 dan juga pemegang rekod di Para World Championships bertanding dengan atlet normal yang lain di Sukan SEA 17, mencipta sejarah dengan memenangi pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki.

Ziyad yang juga baru memenangi pingat emas di Para World Championships dengan mencatatkan rekod dunia yang baru sekali lagi mencatat sejarah sebagi atlet Paralimpik yang pertama untuk bertanding dalam Sukan SEA dan juga berjaya memenangi medal.

Atlet berusia 27 tahun yang mempunyai rekod peribadi terbaik sejauh 17.29m ini hanya sekadar mencatatkan 17.12m untuk berpuas hati dengan pingat gangsa di belakang dua atlet Thailand. Hanya berbeza 0.03m di belakang Thawat Khacin yang memenangi pingat perak.

Bagaimanapun, rekod lama yang di lakukan oleh Chatchawal Polyiam(THA) di Sukan SEA 2011 Palembang masih kekal dengan 17.74m.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat